Thursday 29 December 2011

Awal persekolahan.....

Dunia Baru bagiku...



Kanak-kanak yang baru memasuki alam persekolahan Tahun Satu dilaporkan banyak berhadapan dengan tekanan atau ketakutan. Walaupun ia sesuatu yang normal, adalah disarankan supaya ibu bapa mendekatkan kanak-kanak dengan persekitaran sekolah supaya ketakutan itu tidak lama, berpanjangan mahupun memberi impak terhadap akademik.
Kegembiran  kawan baru Murid 
 SK. Syed Sheh Kupang.



Murid Tahun 1 SKSS Kupang
"Apa yang penting, jangan takutkan anak-anak terlalu awal mengenai zaman persekolahan tetapi, dedahkan secara berperingkat pada usia yang betul. Biar mereka didedah dengan persekitaran sekolah, melihat kanak-kanak lain ke sekolah dan bekalkan peralatan sekolah untuk menyedarkan kini tiba giliran mereka pula ke sekolah.

Disiplin Pekara utama.

Mungkin pada hari-hari permulaan, ibu atau bapa perlu memberi sedikit ruang dan masa. Tetapi jangan sekali-kala memanjakan anak sehingga anda memaksa diri untuk tinggal di sekolah sepanjang waktu persekolahan untuk tempoh lama, sambil mengakui ada ibu bapa yang terpaksa 'berkampung' di sekolah selama lebih sebulan.
 ibu bapa boleh memberi ganjaran, jika anak bangun awal. Bukan merasuah atau tawaran tetapi, ganjaran dan ia dilakukan hanya selepas kanak-kanak itu berjaya melakukan. Mengalakkan ganjaran untuk apa jua kelakuan positif kanak-kanak.
Gugup dan gementar.....
Latihan untuk bangun awal boleh dilakukan apabila ibu bapa bersama-sama terlibat untuk tidur dan bangun awal. Bagi ibu bapa pertama kali mempunyai anak melangkah ke Tahun Satu ialah untuk memastikan anak-anak diberi pemakanan yang sihat sama ada sebelum pergi ke sekolah, bekalan makanan pada waktu rehat dan sepanjang hari. Katanya, diet sihat adalah antara elemen yang paling penting diberi keutamaan.

Sumber Kosmo online.. Gambar EHSAN SEK. KEB. SYED SHEH, KUPANG.


No comments:

Post a Comment