Sunday 15 January 2012

KEKURANGAN MINYAK NYOK KAT BALING..............

Krisis minyak masak berulang!


minyak naik 2

Krisis minyak masak berulang!

Che Bashah terpaksa menutup perniagaan berikutan tidak bekalan minyak masak yang tidak mencukupi













SUMBER : Mohd Rizal Abdullah (BALINGTODAY)
BALING- Penduduk sekitar daerah ini kecewa berikutan hanya mampu mendapatkan sebungkus minyak masak dari setiap kedai mahupun pasaraya di daerah ini sehingga menyusahkan mereka terutama kepada peniaga.
Peniaga goreng pisang, Che Bashah Ismail,47, berkata, kekurangan minyak masak di daerah ini terjadi sejak dua minggu lalu dan keadaaan semakin meruncing apabila terdapat pasaraya yang langsung tidak mempunyai bekalan minyak.
“Peniaga memang memerlukan bekalan minyakn setiap hari, jadi, kami memang berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan bekalan minyak. Kadang-kadang saya terpaksa pergi ke lima kedai untuk mendapatkan lima bungkus minyak. Itupun, kalau minyak ada,” katanya.
Katanya, keadaan ini memberi kesan perniagaanya yang memerlukan sekurang-kurangnya tiga kilo minyak setiap hari.
“Ini baru perniagaan kecil, belum lagi restoran makanan yang pasti memerkukan jumlah minyak yang lebih banyak,” katanya kepada Sinar Harian.
Tinjauan Balingtoday  di pekan Baling mendapati pasaraya besar dan kedai runcit langsung tidak mempunyai bekalan minyak masak.
Walaupun masih terdapat kedai yang membekalkan minyak, jumlah minyak terpaksa dihadkan kepada pembeli berikutan peniaga tidak mempunyai bekalan minyak yang mencukupi.
Che Bashah berkata, masalah ini perlu mendapat perhatian segera dari pihak berwajip kerana ia memberikan kesan besar kepada peniaga kecil-kecilan.
“Restoran besar kemungkinan mempunyai stok yang mampu menampung keperluan minyak. Namun tidak bagi peniaga kecil yang membeli minyak masak setiap hari. Kadang kala, peniagaan saya terpaksa ditutup awal berikutan tidak mempunyai bekalan minyak untuk menggoreng pisang.
“Sehubungan itu, saya berharap agar pihak berkenaan tampil menyelesaikan masalah ini secepat yang mungkin bagi mengelakkan kami(peniaga kecil) erus menanggung kerugian,” katanya.
Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai chew berkata, memang terdapat masalah bekalan minyak di daerah ini sejak beberapa minggu lalu.
“Peniaga bukan tidak mahu menjual, tetapi kami pun tidak mendapat bekalan dari pengilang. Keadaan ini sering berlaku tertuama di ketika menjelangnya musim perayaan,” katanya.
Ditanya mengapa pengilang menghanghar jumlah minyak yang mencukupi, Chew berkata, pihak pengilang tidak mahu menanggung kerugian sekiranya mengeluarkan jumlah minyak yang banyak.
“Minyak ini bersubsidi. Jadi, pengilang tidak mengeluarkan minyak sesuka hati mereka kerana ia akan memberikan kesan kepada perniagaan mereka. Sehubungan itu, mereka terpaksa mengawal jumlah minyak agar jumlah minyak yang dikeluarkan sama dengan subsidi yang diberikan oleh kerajaan.
“Permintaan minyak pada musim perayaan memang tinggi, justeru, memang akan terjadi isu kekurangan minyak masak ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment