Monday 23 January 2012

PERLU TONTON.................

PDRM Info - Video Ngeri Yang Anda Pengguna Jalanraya Perlu Tonton




Penunggang motosikal menjadi penyumbang utama kepada kemalangan maut pada hari ketujuh Ops Sikap ke-25 dengan mencatatkan sembilan kematian daripada 14 kes yang dilaporkan semalam.

Dengan ini, jumlah keseluruhan angka korban sejak Ops Sikap ke-25 dilancarkan pada Isnin lepas ialah sebanyak 84 orang, menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman webnya.

Pengguna kereta merupakan penyumbang kedua kepada jumlah kematian dengan merekodkan sebanyak empat kematian, manakala pengguna basikal satu kematian.

Daripada 1,161 kemalangan yang dilaporkan, Jalan Bandaran mencatatkan rekod tertinggi iaitu 459 kemalangan, diikuti Jalan Persekutuan 298, Jalan Negeri 189, lebuh raya 161 dan 54 kes bagi jalan-jalan lain.

Polis juga mengeluarkan 18,722 saman semalam, menjadikan jumlah terkumpul setakat tujuh hari operasi itu, kini 120,838 saman atas pelbagai kesalahan.

Ops Sikap ke-25 sempena Tahun Baru Cina itu akan berakhir pada 30 Januari. — BERNAMA


GOMO: Diharapkan para pengguna Jalanraya mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan pihak Polis Trafik bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Diatas ini pula Video dari PDRM yang mana memaparkan lokasi lokasi kemalangan yang sering berlaku pada setiap kali perayaan.

Berhati Hati di Jalanraya....


Psssttt... Sekali sekala kena keluarkan artikel sebegini, demi kesedaran rakyat Malaysia.

SUMBER : Papa Gomo

No comments:

Post a Comment