Sunday 26 February 2012

PANAS - Video Seks Yang Dirakam Antara Saya Dan Wani Satu Konspirasi Jahat UMNO - Badrul Amin PKR


PELAKON RAKYAT.......



MEMANG DALAM PAKATAN DAH JADI BIASA DAH DALAM BAB BALUN PEMPUAN DAN DUIT SEMUA X LEH PERCAYA....


"Ini semua adalah satu Konspirasi Jahat UMNO untuk menjatuhkan karier saya dalam politik. Saya adalah seorang Ustaz dan mana mungkin saya akan melakukan perbuatan terkutuk. Saya Ustaz Badrul Amin dan saya bukan berperangai Syaitan seperti Mufti Perak. Konspirasi UMNO keatas saya adalah sama seperti Konspirasi sebelum ini yang dilakukan ke atas Anwar Ibrahim, Elizebeth Wong, Mat Sabu, Adun Selising, Adun Perupok dan mungkin ramai lagi yang akan menjadi mangsa Konspirasi UMNO."



Apa kejadahnya jam 3 pagi si Badrul Amin dan Isteri orang berdua duaan didalam bilik Hotel? Untuk apa waktu sebegitu? Sesi Kaunseling? Sesi Mengadu nasib? Ataupun lebih tepat sesi SKILL bersetubuh?

BERITA LANJUT KLIK ;

PANAS - Video Seks Yang Dirakam Antara Saya Dan Wani Satu Konspirasi Jahat UMNO - Badrul Amin PKR


Tuesday 21 February 2012

PROGRAM MAULIDURRASUL KAMPUNG CHAROK SIK.

CERAMAH SEMPENA MAULIDURRASUL.




Bersempena sambutan Maulidurasul 1433H,  AJK surau, JKKKP Kampung Charok sik, Ismail Bin Ibrahim, AJK JKKKP serta seluruh penduduk kampung telah mengadakan ceramah agama yang di sampaikan oleh pencermah yang bertauliah. dengan kehadiran masyrakat kampung yang di anggarkan hampir 200 orang telah berlasung di surau Kg. Charok Sik. 


Setiap Detik adalah Anugerah Allah, Jangan habiskan dengan hal-hal yang kurang manfaat.Gunakanllah masa dan waktu yang ada dengan melakukan perkara kebaikan, berbakti serta menunaikan amanah yang di pertanggugjawabkan. agar menjadikan diri kita lebih baik serta mendapat rahmat di dunia dan Akhirat.kupasan ceramah malam tersebut.


Kehadiran Penyelaras DUN Kupang, En. Ishak Mat menyerikan lagi majlis. Apabila beliau menyumbangkan Peruntukan bagi membaiki bumbung surau tersebut. Beliau menyerahkan sumbangan berupa Cek Kepada Pengerusi JKKKP Kampung Charo Sik. Beliau berhahap agar penduduk kampung dapat bekerjasama dalam pelbagai hal demi memupuk semangat dan perpaduan di kalangan mereka.
untuk agama, Bangsa Dan Negara.


Senantiasalah berselawat dan mengucapkan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad SAW. Semoga kita diberikan kekuatan, taufik dan hidayah-Nya supaya kita dapat mengamalkan ajaran yang diajar oleh Baginda sepenuhnya…akhirnya  akan melayakkan kita untuk  mendapat syafaat Baginda di Akhirat kelak.


P/S :SYAHADAH KITA SAMA ,IBADAH KITA SAMA,AMALAN KITA SAMA DAN TUJUAN KITA ADALAH SAMA.

Monday 20 February 2012

kesedaran di kalangan orang disekeling " anuar al....."


Parti Kian Runtuh??? 


Mereka Sudah Keluar PKR!


ANDA BILA LAGI...???

Sedar Tak Sedar Setakat hari ini telah ramai yang keluar Pakatan Rakyat 
terutamanya Parti Kian Runtuh... PKR.... kalau dulu, dicanangnya satu 
malaysia kononnya akan ada ramai MP dari BN untuk melompat katak ke 
Pakatan dan sekaligus akan menubuhkan kerajaan Palsu pada 16 September 
2009... Sekarang bagaimana??? Siapa yang keluar?? Siapa yang lompat 
katak?? Siapa yang Kepanasan??...

Bersama-sama ini  senaraikan Ahli PKR yang sudah meninggalkan 
Parti Bingai ini....

1 - Bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar
2 - Bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor
3 - Ketua Penerangan, Ruslan Kassim
4 - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Zainur Zakaria
5 - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk S. Nallakarupan
6 - Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti:
7 - Bekas Naib Presiden, Marina Yusuff
8 - Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
9 - Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
10 - Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Lokman Noor Adam
11 - Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip
12 - Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha
13 - Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), 
      Datuk Salehuddin Hashim
14 - Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili
15 - Setiausaha PKR Bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali
16 - Bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman
17 - Bekas Naib Presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak
18 - Naib Presiden, Jeffrey Kitingan
19 - Datuk Zaid Ibrahim
20 - Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan
21 - Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman
22 - Bekas calon PKR Teluk Kemang / antara pengasas PKR, Abdul
       Manap Shahardin
23 - Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor, Datuk Dr 
      Halili Rahmat
24 - Ketua PKR Tanjung Malim / Ketua Penerangan PKR Perak, Soraya 
      Sulaiman
25 - Timbalan Ketua PKR Bagan Serai, Roshanita Mohd Basir
26 - Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah

Kerusi Parlimen
1 - Ahli Parlimen Bayan Baru - Datuk Seri Zahrain Mohamed
2 - Ahli Parlimen Nibong Tebal - Tan Tee Beng
3 - Ahli Parlimen Bagan Serai - Mohsin Shamsuri
4 - Ahli Parlimen Kulim Baru - Zulkifli Nordin
5 - Ahli Parlimen Wangsa Maju - Wee Choo Keong

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
1 - Adun Behrang - Jamaluddin Mohd Radzi
2 - Adun Changkat Jering - Kapten (B) Mohd Osman Jailu
3 - Adun Ngemah - Gabriel Adit Demong
4 - Adun Lunas - Md Radzi Salleh
5 - Adun Pelabuhan Klang - Badrul Hisham Abdullah
6 - Adun Bukit Selambau - V. Arumugam
7 - Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang - Fairus Khairuddin

Saturday 18 February 2012

SIAPA PEMIMPIN PKR????????






EDIT BY KK


Harussani dedah siapa Anwar Ibrahim



Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata memenuhi nafsunya untuk berkuasa dan beliau sanggup melakukan apa sahaja termasuk terlibat dengan gerakan Yahudi sedunia kata Tan Sri Dr Haji Harussani bin Haji Zakaria, Mufti Perak.

“Ini semata-mata nak memenuhi nafsu dia. Nak berkuasa. jadi dia bersetujulah dengan Yahudi, nak memecahbelahkan orang, supaya orang menyokongnya. Itu sahaja. Dia bukan ada apa-apa.

“Anwar Ibrahim ini, semata-mata nak balas dendam. Itu sahaja kerja dia”, katanya.

Ketika ditanya adakah peranan Anwar sekarang ini sama seperti Abdullah bin Ubai, seorang tokoh munafik yang memecahbelahkan ummah semasa zaman Nabi Muhamad SAW di Madinah, Tan Sri Harussani merenung sejenak, dan menjawab “Saya ingat lebih daripada itu kot”, sambil disambut gelakan para hadirin yang turut serta dalam sesi interbiu eksklusif bersama Mufti Perak itu.

Kenal Anwar Sejak Zaman ABIM

Ketika ditanya kenapa beliau berpendapat demikian, Harussani menjawab;

“Saya bukan tak kenal Anwar Ibrahim. ABIM ni, mula-mula berceramah pasal ABIM (di Pulau Pinang)..yang mengumpulkan orang, saya yang pertama buat perhimpunan di Pulau Pinang. Majistret pun saya panggil, ketua polis, semua hadir, saya himpun.

“Bila diluluskan (perhimpunan itu), dalam mesyuarat yang pertama (ABIM itu), saya (pun) keluar daripada ABIM, tak jadi dah saya masuk. Tak daftar pun.

“Pasal…Anwar (ketika itu) (ber)kata (dengan penuh semangat), ‘sekarang (mari) kita (pergi berdemonstrasi) ke istana !’.

“Saya kata, Anwar…, sekarang kita (ABIM) baru jadi ‘tauge’ (kacang cambah). Tauge ni, saya kata. Pukul orang, dia patah, orang pukul (pun), dia patah. Semua patah. Lembik. Biarlah kita jadi batang kacang (dulu), orang langgar, dia bercalar, kita sebat, dia bercalar.

“Dia (Anwar) kata, Sudah..mati… pada kami, Harussani sudah mati, tidak ada lagi (semangat) jihad..so saya tak masuk (ABIM)”.

Pernikahan Anwar – Azizah

Harunssani juga mengakui beliau turut terlibat dalam penikahan Anwar dan Datuk Seri Dr Wan Azizah, ketika beliau menjadi Kadi di Pulau Pinang.

“Dia (Anwar) kahwin pun, saya yang benarkan (dia) (ber)nikah. Pasal itu (arwah Tan Sri) Ghazali Shafie (Menteri Dalam Negeri dan Penerangan ketika itu) nak tangkap saya tu. 40 polis datang jumpa saya. Hantar polis, masuk dalam pejabat saya. ASP Benggali (yang masuk).

“Saya tanya dia (polis) pasal apa masuk (ke pejabat saya). Pasal kahwin kan. Hak dia (Anwar) nak kahwin. Pasal apa (awak) datang ?. Aku yang berkuasa dalam benda ni (perkahwinan).

“Nah ambil fail… buat… apa nak buat. Kamu nak tangkap aku, tangkap, bicara aku. Tunjuk mana undang-undang (yang) salah.

“Keluar macam tu (saja) Benggali (itu)…. (yang) datang dengan bapa Azizah (Wan Ismail) “, katanya.

Menurut Mufti Perak itu lagi ketika majlis pernikahan Anwar itu, bapa Wan Azizah iaitu Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmood tidak bersetuju dengan penikahan tersebut kerana Anwar pada masa itu dilihat radikal dan menentang kerajaan melalui demonstrasi pelajar.

Wan Ismail ketika itu berada dalam kerajaan yang bertanggungjawab dalam Majlis Keselamatan Negara (1970-1993), yang dibentuk oleh kerajaan untuk membendung kacau bilau dalam negara angkara anasir komunis.

Apabila Wan Ismail menolak lamaran Anwar Ibrahim, dengan pertolongan Ustaz Ahmad Awang, pegawai di Pusat Islam ketika itu, telah membawa Wan Azizah ke Permatang Pauh untuk menikahkan mereka menggunakan wali hakim.

Harussani yang ketika itu menjadi Kadi Pulau Pinang telah melakukan majlis akad nikah pasangan tersebut.

“Bapa Azizah tu, dia pun nak perli saya. Masa saya ambil kursus keselamatan. Dia (Wan Ismail) jadi pensyarah. Semua (yang hadir adalah) DO. Dia kata, ala seminggu (kursus ini) apa susah sangat. Tangkap mana-mana, ni tok kadi ada (di sini).. boleh nikah. Orang pun gelak.

“Sekali anak dia (Wan Azizah), saya tangkap suruh nikah sekarang macam mana”, kata Harunssani sambil disambut gelak ketawa.

Selepas itu, dalam satu majlis jamuan, Harunssani berjumpa lagi dengan Anwar. Ketika itu beliau bertanyakan sejauh manakah penerimaan bapa mertua (Wan Ismail) terhadapnya selepas perkahwinan itu.

“Lepas tu, semasa jamuan makan, saya tanya dia. Anwar, macam mana pak mertua (Wan Ismail) ?

“Dia (Anwar) kata. Menantu (jadi) menteri. Menantu sayang lah. Dia cakap”, katanya.

Agenda Pluralisme Agama Aliran John Hick

Mufti Perak juga turut ditanya berkenaan dengan agenda pluralisme agama seperti yang terkandung dalam ucapan Anwar di London School of Economics (LSE), bertajuk “‘Religion and Pluralisme in a Divided World” pada Mac tahun lalu.

“Itulah masalahnya. Anwar tidak pernah menzahirkan (sebelum ini), sekarang baru (dia) zahirkan (sebut).

“Kalau dulu dia (Anwar) kata, dulu lagi saya (dah) kata (dia) murtad. Orang yang kata semua agama sama (adalah) murtad. Pasal, Tuhan kata “Inna Din ind Allah al Islam”. Tuhan kata satu sahaja agama Allah iaitu Islam.

“Jadi kalau kita kata (semua agama) sama, maknanya kita melawan Tuhan. Murtad dibuatnya. Itu hanya pendapat John Hick untuk memecahbelahkan orang Kristian pada kurun ke 16. Itu yang berpecah Kristian tu.

“Padahal, orang Yahudi sendiri.. tak buat macam tu (pluralisme agama). Kalau dia (Yahudi) buat macam tu, dia (juga) berpecah. Tapi dia tidak buat. Dia mahu memecahbelahkan orang beragama (lain)

” Jadi sekarang dia (pluralisme agama) masuk unsur ke Malaysia. Nak memecahbelahkan orang (Islam).

“Pasal apa ada (diwujudkan) School of Oriental and African Studies (SOAS). Kenapa ada fakulti agama di Harvard University… apa semua. Tok guru semua(nya) Yahudi. (Semua ini) semata-mata untuk memecahbelahkan orang Islam. Kalau tidak apa tujuan..

“Tapi kita megah dapat doktor daripada Amerika…ini ada masalah (lah)..”, katanya lagi.Petikan AIDC.

Biodata Ustaz Don


Biodata Ustaz Don

Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor)
Status: Bujang
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir


Ustaz Don

Biodata Profil Ustaz Don (Don Daniyal Don Biyajid)


Saturday 11 February 2012

House PK: EKSKLUSIF! KERETA YANG TUN MAHATHIR TEST DRIVE AKH...

House PK: EKSKLUSIF! KERETA YANG TUN MAHATHIR TEST DRIVE AKH...: Masa aku baca blog Tun M pasal kereta baru yang telah di Test Drive oleh pemimpin yang paling aku sayang ni, KLIK SINI . Aku rasa teruja gil...

Saturday 4 February 2012

1Malaysia 1Ummah,




Maulidur Rasul penuh pengisian

     

TEMA sambutan Maulidur Rasul tahun ini 1Malaysia 1Ummah, disambut dengan penuh rasa kesyukuran dan keberkatan. Kebanyakan daripada kita mengharapkan apa yang diutarakan akan menjadi ikutan.
Rasulullah menegaskan tunjang kepada kewujudan ummah terbilang diasaskan dengan penerapan nilai akhlak seperti sabda Baginda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyerahkan agama itu pada diri seseorang, maka tidak baik agama itu melainkan dengan ketinggian dan keelokan akhlak. Adakah kamu mengelokkan agama kamu dengan kedua-dua sifat mulia ini?" (Hadis riwayat al-Tabrani).

Bahkan, tugas utama Nabi Muhammad s.a.w ialah menyempurnakan akhlak seperti dinyatakan Baginda dalam sabdanya bermaksud: "Sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak kamu" (Hadis riwayat Muslim).




Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Selasa 1432 Masihi ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda merupakan nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wata’ala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.


"Tidak dinafikan bagi golongan muda seperti kita harus berhadapan dengan banyak cabaran yang turut mencabar keimanan. Sekiranya tersalah langkah ia boleh membuatkan seseorang itu hanyut. Apatah lagi sekarang ini pengaruh luar begitu banyak. "Seperti sambutan hari kekasih yang sebelum ini sering diperkatakan, tahun ini harinya berselang dengan sambutan Maulidur Rasul. Namun, mujur keraian perayaan yang boleh memesongkan akidah itu tidak diberikan pendedahan berlebihan. Kerana golongan muda mudah terikut dengan perkara yang melalaikan.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.



TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAM
TAHUN 2012 / 1433 - 1434 H BAGI MALAYSIA
TARIKH HIJRI TARIKH MILADI
HARI PERAYAAN /
KEBESARAN ISLAM
12 Rabiulawal 1433 5 Feb 2012 Maulidur Rasul
27 Rejab 1433 17 Jun 2012 Israk dan Mikraj
* 1 Ramadhan 1433 21 Julai 2012 Awal Ramadhan/Berpuasa
17 Ramadhan 1433 6 Ogos 2012 Nuzul Al-Quran
* 1 Syawal 1433 19 Ogos 2012 Hari Raya Puasa/Idul Fitri
1 Zulhijjah 1433 17 Oktober 2012 Awal Zulhijjah
* 10 Zulhijjah 1433 26 Oktober 2012 Hari Raya Korban/Idul Adha
1 Muharam 1434 15 November 2012 Awal Muharam/Maal Hijrah
* Tertakluk kepada perubahan
Sumber :
Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


Thursday 2 February 2012

PENYAMPAIAN BR1M PERINGKAT KE-2 DUN KUPANG ( PENYELARAS DUN KUPANG)

Sekalung Tahniah dan syabas kepada " SUKARELAWAN DUN KUPANG"

Pihak Penyelaras DUN kupang En. Ishak Bin Mat, Mengucapkan sekalung syabas dan tahniah kepada sukarelawan DUN kupang yang turut sama membantu menlancarkan pemberian BR1M

( Bantuan Rkyat 1 Malaysia). Beliau amat berbangga dengan komitmen dan semangat kesukarelaan yang di tunjukan oleh Pemuda dan puteri UMNO DUN kupang dalam setiap program yang dianjurkan. Terima kasih kepada PM yang begitu prihatin kepada Rakyat dengan pemberian bantuan ini. sesungguh kerajaan Barisan Nasional (BN) satu-satu parti pembela rakyat.

Bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Baling, Seramai 2000 orang menerima BR1M yang di lansungkan dalam 2 sesi pagi dan petang.Penyelaras DUN Kupang En. Ishak Bin Mat menyampaikan Sumbangan tersebut Kepada penerima BR1M. Turut sama hadir dalam penyampaian BR1M di DUN Kupang Dato' Dr Mashitah Binti Ibrahim, YB Azmi Bin Che Hussin, En. Khairul Azhar.




En. Ishak juga turut mengajak semua untuk sentiasa bersyukur kepada Allah.Sebagaimana firman Allah taala yang bermaksud “sekiranya seseorang itu mensyukuri nikmatKu nescaya Aku akan tambahkan nikmat kepada seseorang itu tetapi sebaliknya jika seseorang itu mengkufuri nikmatKu sesungguhnya siksaKu sangat keras”.
Terima kasih juga kepada Anggota POLIS, RELA, MY BANK, JABATAN PENERANGAN, PIHAK ICU/JPM, KBS Baling dan kepada semua yang terlibat.

















Wednesday 1 February 2012

NYATA DAN JELAS............

Dasar Malaysia Terhadap Palestin Berubah Jika Pembangkang Memerintah

Kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel merupakan satu bayangan kepada bentuk dasar luar negara ini sekiranya pakatan pembangkang memerintah, kata Pengerusi Biro Antarabangsa PERKASA Datuk Mustapha Yaakub.
Katanya beliau menyokong desakan pelbagai pihak supaya Anwar menjelaskan maksud kenyataannya itu seperti yang dilaporkan oleh Wall Street Journal (WSJ).
“Kita kesal dengan tindak tanduk Anwar yang memburukkan negara dan kepimpinan serta Islam dengan menjual maruah rakyat Malaysia dalam usahanya untuk mendapatkan sokongan luar.
“Agak melucukan apabila Anwar berlagak sebagai seorang Perdana Menteri yang bercakap mengenai masa depan dan dasar luar Malaysia,” katanya dalam satu SMS kepada Bernama di sini Selasa.
Mustapha berkata sejak dahulu Malaysia menyokong penuh perjuangan rakyat Palestin yang terbukti menjadi mangsa kezaliman rejim Tel Aviv.
Katanya Malaysia komited dengan perjuangan rakyat Palestin dari mula hingga sekarang dan selamanya manakala keseluruhan rakyat Malaysia sendiri mendokong dasar ini.
“Oleh itu amat memalukan apabila Anwar yang satu masa dahulu semasa menjadi Ketua Pemuda Umno yang amat lantang memperjuangkan hak rakyat Palestin tiba-tiba menjadi bacul,” kata Mustapha.
Beliau juga mencabar kepimpinan Pas, jika benar parti itu memperjuangkan Islam, supaya menghentikan pakatan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) demi maruah parti itu.
– BERNAMA N9kini.net

INFO..... SEMAKAN BR1M


Semakan Status Permohonan BR1M

Orang ramai boleh mula menyemak status permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia mulai pada 15 januari ini. Bantuan ini akan di edarkan secara berperingkat di seluruh negara bagi permohonan yang lulus bagi memastikan supaya tiada keciciran dan kehilangan yang berlaku.

Cara Menyemak Status Permohonan BR1M

Pemohon boleh membuat semakan dengan mendail no talian hotline: 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 16 Januari 2012 jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang.Talian hotline akan beroperasi setiap hari berkerja selama 2 bulan.
Makluman Bayaran

Permohonan yang lulus atau berjaya akan menerima surat maklumkan melalui pos. BSN,CIMB dan Maybank akan menyediakan kaunter bank bergerak puntuk memudahkan tebusan baucer bayaran BR1M. Baucar BR1M juga boleh di tunaikan di cawangan bank seluruh Malaysia.
Gagal?

Rayuan boleh dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh di pejabat LHDN, agensi kerajaan berkaitan atau dimuat turun menerusi laman web www.treasury.gov.
Download Borang Rayuan Permohonan BR1M