Wednesday 1 February 2012

NYATA DAN JELAS............

Dasar Malaysia Terhadap Palestin Berubah Jika Pembangkang Memerintah

Kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel merupakan satu bayangan kepada bentuk dasar luar negara ini sekiranya pakatan pembangkang memerintah, kata Pengerusi Biro Antarabangsa PERKASA Datuk Mustapha Yaakub.
Katanya beliau menyokong desakan pelbagai pihak supaya Anwar menjelaskan maksud kenyataannya itu seperti yang dilaporkan oleh Wall Street Journal (WSJ).
“Kita kesal dengan tindak tanduk Anwar yang memburukkan negara dan kepimpinan serta Islam dengan menjual maruah rakyat Malaysia dalam usahanya untuk mendapatkan sokongan luar.
“Agak melucukan apabila Anwar berlagak sebagai seorang Perdana Menteri yang bercakap mengenai masa depan dan dasar luar Malaysia,” katanya dalam satu SMS kepada Bernama di sini Selasa.
Mustapha berkata sejak dahulu Malaysia menyokong penuh perjuangan rakyat Palestin yang terbukti menjadi mangsa kezaliman rejim Tel Aviv.
Katanya Malaysia komited dengan perjuangan rakyat Palestin dari mula hingga sekarang dan selamanya manakala keseluruhan rakyat Malaysia sendiri mendokong dasar ini.
“Oleh itu amat memalukan apabila Anwar yang satu masa dahulu semasa menjadi Ketua Pemuda Umno yang amat lantang memperjuangkan hak rakyat Palestin tiba-tiba menjadi bacul,” kata Mustapha.
Beliau juga mencabar kepimpinan Pas, jika benar parti itu memperjuangkan Islam, supaya menghentikan pakatan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) demi maruah parti itu.
– BERNAMA N9kini.net

No comments:

Post a Comment