Tuesday 21 February 2012

PROGRAM MAULIDURRASUL KAMPUNG CHAROK SIK.

CERAMAH SEMPENA MAULIDURRASUL.




Bersempena sambutan Maulidurasul 1433H,  AJK surau, JKKKP Kampung Charok sik, Ismail Bin Ibrahim, AJK JKKKP serta seluruh penduduk kampung telah mengadakan ceramah agama yang di sampaikan oleh pencermah yang bertauliah. dengan kehadiran masyrakat kampung yang di anggarkan hampir 200 orang telah berlasung di surau Kg. Charok Sik. 


Setiap Detik adalah Anugerah Allah, Jangan habiskan dengan hal-hal yang kurang manfaat.Gunakanllah masa dan waktu yang ada dengan melakukan perkara kebaikan, berbakti serta menunaikan amanah yang di pertanggugjawabkan. agar menjadikan diri kita lebih baik serta mendapat rahmat di dunia dan Akhirat.kupasan ceramah malam tersebut.


Kehadiran Penyelaras DUN Kupang, En. Ishak Mat menyerikan lagi majlis. Apabila beliau menyumbangkan Peruntukan bagi membaiki bumbung surau tersebut. Beliau menyerahkan sumbangan berupa Cek Kepada Pengerusi JKKKP Kampung Charo Sik. Beliau berhahap agar penduduk kampung dapat bekerjasama dalam pelbagai hal demi memupuk semangat dan perpaduan di kalangan mereka.
untuk agama, Bangsa Dan Negara.


Senantiasalah berselawat dan mengucapkan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad SAW. Semoga kita diberikan kekuatan, taufik dan hidayah-Nya supaya kita dapat mengamalkan ajaran yang diajar oleh Baginda sepenuhnya…akhirnya  akan melayakkan kita untuk  mendapat syafaat Baginda di Akhirat kelak.


P/S :SYAHADAH KITA SAMA ,IBADAH KITA SAMA,AMALAN KITA SAMA DAN TUJUAN KITA ADALAH SAMA.

No comments:

Post a Comment