Saturday 31 March 2012

KECEWA KERANA DINODAI

Bukit Palong, Telah DINODAI....




Bukit Palong Mukim Pulai, Teletak di Daerah Baling.  Amat di kenali ramai dan menjadi kebanggaan rakyat Baling, Ia memberi manfaat, kepada pencari hasil hutan, akar kayu dan Penggemar burung. Selain itu ia juga menempatkan Menara Pemancar RTM bagi kemudahan Rakyat menikmati siaran tv dan radio.   

Atas nama Ladang Sejahtera, Kerajaan negeri Kedah  yang begitu rakus meluluskan  Lesen kepada Syarikat Pembalakan. sumber air di kawasan itu sekarang terjejas. kerajaan negeri Perlu memberi perhatian terhadap masalah yang melanda penduduk mukim itu selaras dengan perjuangan PAS yang mahu melaksanakan negara kebajikan. 

Satu perkara yang sangat perlu diperjelaskan ialah tentang pertambahan jumlah kawasan pembalakan. Berlaku peningkatan keluasan kawasan sebanyak 30% iaitu dari 6,093.68 hektar tahun 2009, berbanding 7,856.11 hektar pada tahun 2010. Difahamkan keluasan kawasan pembalakan pada tahun 2011 turut meningkat sebanyak 30% lagi berbanding pada tahun 2010.

Kerajaan Kedah sekarang ini seolah-olah mengharapkan hasil dari penjualan balak untuk meng 'operasikan" kerajaan negeri. tidak menguntungkan pada masa hadapan. Secara jelas, pembalakan bukan sahaja memusnahkan alam sekitar sebaliknya pembalakan berlebihan telah mendatangkan bencana dalam bentuk banjir lumpur dan banjir kilat. 





No comments:

Post a Comment