Saturday 17 March 2012

PARASIT PAS REMBAT DUIT TABUNG MEMALI.

PARasit PAS REMBAT DUIT TABUNG MEMALI


Baling_ Bekas Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali kecewa dengan nasib ahli keluarga mangsa peristiwa Memali yang tidak terbela walaupun pelbagai pihak memberi sumbangan kepada mereka melalui Pas sejak 27 tahun lalu.


Beliau berkata, ramai pihak tertanya-tanya ke mana perginya wang sumbangan yang dikutip dari seluruh negara oleh Pas untuk keluarga berkenaan kerana kebajikan mereka hingga kini terus terabai.

"Saya masih lagi tertanya-tanya ke mana perginya wang sumbangan itu sedangkan ribuan umat Islam menderma sejak dahulu lagi," katanya ketika menyampaikan ceramah Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) di Dewan Keda Kupang, dekat sini malam tadi.

Lebih 5,000 orang hadir bagi mendengar ceramahnya dalam lawatan pertama ke daerah ini.
Hasan berkata, beliau sedih dengan situasi yang dialami ahli-ahli keluarga mangsa Memali terutama selepas membaca buku berjudul 'Mat Sabu Air Mata di Bumi Memali' tulisan salah seorang ahli keluarga peristiwa Memali, Zainon Ismail, 54, yang juga dikenali sebagai C.N Al-Afghani.

Beliau turut hairan mengenai nasib anak-anak mangsa yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya walaupun mereka masih mengharap wang sumbangan itu untuk meringankan beban kehidupan.

Dengan nada sayu, beliau berharap apa yang berlaku memberi kesedaran kepada semua umat Islam di negara ini.
Dalam pada itu katanya, terdapat segelintir ahli Pas terutama di kawasan luar bandar yang tidak mengetahui kisah sebenar yang berlaku terhadapnya lalu sanggup mencemuh dan menganggap beliau sebagai menderhaka kepada parti.

Menurutnya, mereka sepatutnya mendengar sendiri daripada mulutnya mengapa beliau dipecat daripada parti untuk mengetahui keadaan sebenar.
Hasan turut menjelaskan, orang bukan Islam yang menentang penubuhan negara Islam tidak sepatutnya boleh dianggap sebagai rakan oleh Pas.

"Seperti kata seorang pemimpin bukan Islam yang mahu umat Islam langkah mayatnya dulu kalau mahu menegakkan Islam, orang seperti ini kita tidak patut berkawan," tambahnya.

sumber utusan Malaysia.
(16/3/2012)


No comments:

Post a Comment