Thursday 22 March 2012

Sesuatu Yang Hilang............................

Heran juga juga dengan sikap dan tindak tanduk sebuah parti yang menggunakan nama islam (PAS)... Sekarang ini suka memperalatakan agama dalam mencapai tujuan POLITIK .Depa begitu taksub untuk meraih undi dari kaum bukan melayu sehingga sanggup mengadaikan apa yang meraka pertahankan suatu ketika dulu...itu dulu punya cerita.............

DAP ialah sebahagian daripada gagasan Socialist International yang memayungi 162 buah parti sosialis negara-negara dunia.Jauh sekali DAP dari kefahaman falsafah serta amalan sosialisme walaupun sayap pemuda parti itu dipanggil Democratic Action Party Socialist Youth (Dapsy). Sebaliknya setiausaha agung DAP tidak syak lagi seorang kroni kapitalis yang menjadi “the darling of Penang developers“.

PAS ialah sebuah parti yang mensyaratkan bahawa ahlinya mestilah beragama Islam. Nama parti pun ada perkataan ‘Islam’.
Akan tetapi masihkah PAS setia meletakkan dasar dan matlamat perjuangan Islamnya sebagai pedoman semenjak ia bersekongkol dengan DAP?
Pasangan sekatilnya, seperti yang kita ketahui, memang sudah lupa asal-usul sampai ia boleh mengajak ‘Jom Ubah’ – menghayati cogankata kepimpinan melalui teladan – dalam merubah wajah diri parti itu terlebih dahulu.
Jika dalam sekelip mata sosialisme DAP boleh ‘jom diubah’ kepada pemerintahan Islam bercorakkan khalifah Umar Abdul Aziz (kononnya), maka tidak hairan Islamisme PAS pun senang sahaja boleh ditukar kepada sosialisme “negara berkebajikan” selepas kahwin mutaah mereka berdua........
menggunakan ISLAM adalah perlu mereka bagi mempengarhi masyarakat ............. 

No comments:

Post a Comment