Sunday 27 May 2012

Blogger PR Bengang, Tindakan Ambiga Memohon Maaf Disifatkan Bodoh!!!



Tindakan Ambiga yang tertekan dengan demo dihadapan rumahnya yang dilihat tiada berpenghujung sehingga menyebabkan dirinya memohon maaf tidak "direstui" oleh blogger Pakatan Rakyat.

Mereka menyifatkan tindakan Ambiga sebagai satu tindakan bodoh yang memalukan gabungan mereka.


Berikut adalah petikan daripada blog berkenaan;

KEJUTAN terhebat berlaku semalam, bila penulis dimaklumkan bahawa Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga ada membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia dan mereka yang terjejas dalam demonstrasi Bersih 3.0 yang dianjurkannya pada 28hb April yang lalu.
Ambiga dipetik sebagai berkata:-
“Saya faham kenapa kumpulan-kumpulan ini, Bersih 4.0 memohon saya untuk meminta maaf…saya bersedia untuk meminta maaf.
“Saya berumur 55 tahun, dengan ini, saya memohon maaf secara terbuka kepada pelbagai pihak dan generasi seterusnya kerana tidak menjalankan tugas dengan sebaik mungkin untuk memastikan negara kita kekal aman.
“Juga kepada jiran-jiran, saya juga patut meminta maaf kerana telah meletakkan mereka dalam situasi atau ‘zon peperangan’,” kata Ambiga  di sini hari ini.
Bagai sudah ditakdirkan, tidak cukup dengan semangat yang berkurangan lantaran dari kenyataan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim yang membantah penganjuran himpunan tersebut, peserta Bersih 3.0 ‘dihadiahkan’ dengan permohonan maaf dari Pengerusinya sendiri.
Walaupun ada tafsiran berbeza dari kenyataan di atas, tapi dengan hakikat bahawa kenyataan itu dibuat dalam situasi kediamannya di Bukit Damansara ‘dikepung’ sekumpulan peniaga Bersih 4.0 yang menuntut permohonan maaf darinya kerana ‘kerugian’ yang ditanggung mereka, penulis dan rakan-rakan yang lain merumuskan itu adalah permohonan maaf Ambiga berhubung penganjuran Bersih 3.0
Penulis tidak kisah kalau ada diantara 9 ahli Jawatankuasa Bersih yang lain memohon maaf tapi penulis tidak boleh menerima Pengerusi Bersih sendiri meminta maaf kepada semua yang terjejas, seolah-olahnya peserta himpunan 28 April yang lepas ada melakukan kesalahan disisi undang-undang.
Sudahlah pada hari perhimpunan tersebut, Ambiga dengan senang hati meminta polis mengambil tindakan ke atas peserta himpunan yang melanggar hadangan polis, semalam beliau meminta maaf kepada mereka yang kononnya terjejas.
Tidak dapat dipastikan sama ada Ambiga boleh faham implikasi politik yang terbit dari tindakannya memohon maaf seperti ini.  Tapi kalau Ambiga nak tahu, tindakan seumpama ini diibaratkan dalam dunia politik seperti menghulurkan leher ke tali gantung, menunggu dijerut sang Algojo.
Penulis yakin, ramai peserta himpunan lepas yang hampa dan kecewa dengan kenyataan Ambiga semalam.  Nampak sangat keringat dan darah mereka tidak dihargai langsung oleh bekas Presiden Majlis Peguam tersebut.  Hanya kerana takutkan tak berapa kerat orang yang berhimpun di hadapan rumahnya, Ambiga sanggup memperlekehkan peserta himpunan dengan peermohonan maaf seumpama ini.
Sehubungan dengan itu, penulis mendesak kepimpinan Pakatan Rakyat agar segera mengambil alih NGO Bersih ini dari Ambiga bagi memastikan himpunan yang bakal dianjurkan pada masa hadapan, berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan hebat seperti yang berlaku pada 28 April lepas.
Penulis yakin ada lebih ramai pemimpin yang berkelayakan dan ‘berhati besi’ yang mampu memimpin Bersih itu nanti.  Kita tidak perlukan orang yang berhati lembut untuk menjalankan tugas-tugas seumpama ini bagi pihak kita.
sumber:klik sini

No comments:

Post a Comment