Wednesday 16 May 2012

SELAMAT HARI GURU.......


Guru Pemangkin Lahir Generasi Berintegriti - Muhyiddin
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata fungsi asas pendidikan negara untuk melahirkan insan yang bermoral dan beretika tidak boleh diabaikan bagi memastikan negara tidak terjerat dalam krisis moral dan etika yang akan menjejaskan kesejahteraan masyarakat pada masa depan.
Katanya, dalam mengharungi arus globalisasi dan mengejar matlamat menjadi sebuah negara maju, matlamat pendidikan seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu perlu terus dipegang teguh.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata golongan guru mempunyai tanggungjawab besar dalam membentuk sahsiah pelajar yang menjadi prasyarat utama kepada kejayaan melahirkan generasi berintegriti.
"Saya percaya, sekiranya kita sentiasa berpegang teguh kepada matlamat murni pendidikan ini, maka kita akan dapat mengelak daripada terjerat dalam krisis moral dan etika yang akan menjejaskan kesejahteraan masyarakat kita pada masa hadapan," katanya.
Perkara itu menjadi cabaran kepada Malaysia dalam mencapai hasrat negara untuk menjadi negara maju mengikut acuan sendiri, katanya menutup pertandingan Pidato Integriti Antara Institut Pendidikan Guru Piala Menteri Pelajaran Malaysia 2012, di sini, Selasa.
Merujuk pengalaman beberapa negara di Eropah, Muhyiddin berkata telah muncul pemikiran baru di kalangan pemikir ekonomi Barat yang melihat penekanan keterlaluan terhadap nilai material dan persaingan ekonomi menyebabkan nilai-nilai moral dan etika yang merupakan paksi utama kewujudan sebuah masyarakat yang sejahtera, terabai.
"Ada yang mengatakan Kejatuhan Lehman Brothers dan Merill Lynch di Amerika Syarikat bukanlah disebabkan kegagalan Harvard, Yale dan Stanford melahirkan pakar-pakar ekonomi dan kewangan untuk bekerja di syarikat-syarikat gergasi dunia.

KK Ucapkan kepada semua cikgu-cikgu yang mengenali KK.


Baca selanjutnya di sini :- KLIK SINI

No comments:

Post a Comment