Saturday 26 May 2012

SI KHALID GAGAP MENGAKU TERIMA KOMISYEN DARI RUMAH URUT SETIAP BULAN..???!!!



Sejak tahun pertama Khalid Ibrahim dinobatkan sebagai MB Selangor serta Ronnie Liu ditabalkan sebagai Exco PBT kita telah bercakap mengenai bilangan rumah-rumah urut yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di Selangor.

Kini setelah empat tahun dan tahun terakhir sebelum PRU diadakan, tiba-tiba semalam Khalid Ibrahim buka mulut dan bersuara mengenai rumah urut.

Katanya seperti yang dilaporkan oleh freemalaysiatoday
SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor akan mengambil tindakan tegas termasuk risiko merampas hartanah pemilik premis rumah urut jika membenarkan premis mereka terus digunakan untuk menjalankan perkhidmatan tersebut.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tindakan merampas hartanah pemilik premis rumah urut itu boleh dilaksanakan mengikut undang-undang sedia ada.
Beliau menegaskan ini bermakna tindakan berkenaan bukan sahaja boleh dikenakan kepada pengendali perniagaan rumah urut malah pemilik premis rumah urut tersebut juga boleh dikenakan tindakan.
“Kita tegaskan jika mereka melanggar undang-undang bukan sahaja bisnes itu sahaja yang disita, malah bangunan, hartanah akan turut dirampas.
“Jadi risiko untuk menjalankan perniagaan ini mestilah di tangan semua pihak iaitu mereka yang menjalankan perniagaan dan yang memiliki premis tersebut,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.
Abdul Khalid berkata, pertemuan akan diadakan pada minggu depan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membincangkan kaedah pencegahan rumah urut yang semakin berleluasa di Selangor.
Empat tahun Khalid membisu dan menghalalkan rumah-rumah urut haram di Selangor. Berbuih sudah kita bercakap mengenainya dan sudah lama orang ramai marah. Kini disaat pilihanraya sudah berada di selekoh tiba-tiba Khalid Ibrahim menunjukkan keseriusannya tentang rumah-rumah urut.

Ini beerti akhbar yang musuh nombor satu PKR selama ini berjaya mempengaruhi fikiran Khalid Ibrahim dan Khalid juga mengesahkan apa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada Isnin 21 Mei 2012 adalah benar.



Khalid sendiri dalam sidang medianya mengakui rumah urut yang semakin berleluasa di Selangor. Jika dizaman pemerintahan BN dulu, kebanyakan lesen rumah urut dikeluarkan di kawasan-kawasan yang majoritinya bukan orang islam. 

Tapi kini dizaman pemerintahan PKR bilangan orang sakit urat semakin bertambah hinggakan rumah urut menjalar tumbuh ke kawasan MB sendiri di Kuala Selangor iaitu kawasan yang majoritinya orang-orang melayu.

Persoalannya kini, mampukah Khalid bertindak ke atas rumah-rumah urut berkenaan jika tanpa restu Ronnie Liu ? Adalah sesuatu yang mustahil jika tanpa restu Ronnie Liu Khalid boleh ambil tindakan. Semua rumah-rumah urut di Selangor berada dalam tangan Ronnie dan Ronnie telah mengutip wang-wang perlindungan dari mereka untuk kegunaan DAP.

Jika Ronnie tidak mempertahankan rumah-rumah urut berkenaan daripada disita atas arahan Khalid Ibrahim, pasti Ronnie akan menemui ajal di tangan samseng-samseng cina. Bukan setakat menemui ajal , DAP juga akan kalah teruk di Selangor dalam PRU.

Kesimpulannya rakyat Selangor dengarlah sahaja apa yang diucapkan Khalid hari ini sebagai pemanis kata sahaja. Ianya tidak akan lebih dari itu. Dia hanya nak menunjukkan keprihatinannya supaya menjadi buah mulut rakyat menjelang pilihanraya.

Sumber: Klik sini

No comments:

Post a Comment