Friday 22 June 2012

APA DAH JADI!!! KEMPINAN DALAM PENTADBIRAN KFA PERLU ADA ROMBAKAN



ALOR SETAR - Prestasi Kedah dalam Liga Super semakin tidak memberangsangkan selepas berehat hampir sebulan, malah kedudukannya yang kini berada dua tercorot jelas menghampakan perasaan penyokong setia mereka selama ini.
Kalah kepada Kelantan 2-1 pada minggu lalu dan terbaru kepada Johor FC dengan jaringan sama melengkapkan nasib malang Hijau Kuning untuk merekodkan sembilan kekalahan setakat ini.
Terbaru ulasan Ketua Jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan selepas tewas kepada Johor FC Selasa malam lalu membuktikan beliau semakin kehabisan ikhtiar dalam meningkatkan kembali mentaliti dan semangat pemain Hijau Kuning yang semakin hilang punca.
Dibarisi ramai pemain berpengalaman dan bertaraf bintang seperti Khyril Muhymeen, Baddrol Bakhtiar, dan Mohd Sabree Abu, selain dibantu dua pemain import berpengalaman, Abd Elfatah Safi dari Magribi dan Vedran Gerc dari Croatia, mereka masih belum mampu melakukan sesuatu buat pasukan.
Sama ada salah taktikal, formasi mahupun tidak mengikut arahan, semua itu perlu dilihat kembali untuk memastikan Hijau Kuning terus mampu beraksi dalam Liga Super pada musim depan.
Menyelusuri maklum balas di laman sosial dan blog sukan di seluruh tanah air, rata-rata rakyat Kedah, terutamanya penyokong tegar Hijau Kuning seolah-olah sudah hilang sabar dengan persembahan hambar pasukan kesayangan mereka yang dipamerkan pada musim ini.
Malah, ada juga suara-suara yang membayangkan Kedah pasti menjadi calon tepat untuk turun pangkat ke Liga Perdana pada musim depan sekiranya gagal menyaingi pasukan tercorot, Kuala Lumpur pada pertemuan ke-20 di Stadium Darul Aman, Sabtu ini.
Sementara itu, Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah pada masa sama turut menerima desakan daripada peminat agar melakukan sesuatu dalam usaha menyelamatkan maruah sukan kegemaran nombor satu di negeri Jelapang Padi ini.
Pengerusinya, Nor Asmadi Hamzah ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, malah perkembangan berkenaan mampu membuatkan penyokong tidak berminat untuk bertandang ke SDA lagi.
Katanya, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) perlu membuka mata dan mengambil pendekatan drastik bagi tempoh beberapa baki perlawanan dan harapan untuk kekal dalam saingan Liga Super pada musim depan masih ada jika bermula dari sekarang.
“Di mana sahaja bila bercakap pasal mutu bola sepak Kedah sudah tidak ada pujian, malah perasaan tidak puas hati diluahkan mereka hari ini dan masing-masing menuntut perubahan dan KFA perlu menyelesaikan segera masalah ini.
“Sebelum ini, sudah ada dua gelombang demonstrasi diadakan peminat untuk mendesak perubahan di peringkat KFA dan kami tidak mahu gelombang ketiga menyusul sekali lagi dalam masa terdekat ini,” katanya. - sinarharian

p/S: KK MASIH LAGI MENUNGGU TINDAKAN SUSULAN DARI @HKC suatu ketika dulu yang begitu LANTANG mendesak Dato' Othman Aziz (Pengerus pasukan Kedah) meletak Jawatan melalui memorandum..... 

2 comments:

  1. Salam, memang betul prestasi Kedah merosot. Rasanya pemain bermain dengan baik tapi malangnya pemain impot yang digunakan oleh kedah sangat lembab dan mendukacitakan. Seorang bermain dengan gaya sangat cool tidak kira masa, tak pandai guna kesempatan menyerang, hanya ada skil lebih sikit dari pemain tempatan manakala penyerangnya pulu asyik tunggu bola sampai ke kaki, bukan mencari bola dan membuka peluang rakan-rakan striker membuat gol atau dia sendiri mencari inisiatif menyumbat gol. Susah payah pemain tempatan hanya sampai ke dua pertiga padang tanpa mampu menembusi gol lawan. ini menyebabkan pemain resah dan hilang fokus. Rasanya pemain impot seperti inilah yang menyumbang kepada kejatuhan Kedah. Lihat Gaddar, jauh beza dengan impot kedah.

    ReplyDelete
  2. Pak lebai pas mana tau main bola.mereka pandai cakap atas pentas ceramah aja.mereka pandai main biji bola kelentit ada la.tak percaya tanya yb pas berapa bini? ingat pas ingat mat sapu bini orang bau burit mah.takebeer

    ReplyDelete