Monday 11 June 2012

DERMA PROJEK LEBUHRAYA KB-KUALA KRAI SAMPAI KE KEDAH POK NIK TIBAI.


hahh..... AWAS...!!! inilah mesej yang baru diterima oleh orang kedah berhubung DERMA yang dipohon oleh KERAJAAN PAS KELANTAN. Sampaikan orang Kedah pun kena derma untuk projek kerajaan kelantan. Selama ini, kerajaan BN tidak pernah meminta sebarang derma dari rakyat bertujuan untuk membina apa saja kemudahan dan prasarana untuk rakyat. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan BN untuk mencari dana, bagi membina segala kemudahan tersebut, tanpa mengharapkan bantuan rakyat apatah lagi mahu menyusahkan rakyat dengan meminta derma itu dan ini.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin projek pembinaan Lebuh Raya Rakyat dari Kuala Krai ke Kota Bharu bernilai RM1.8 bilion akan dapat disiapkan mengikut jadual.
Mursyidul Am PAS itu berkata pembiayaan kos projek itu akan turut melibatkan sumbangan wang daripada rakyat.
“Kita yakin dapat melaksanakan projek bernilai RM1.8 bilion ini walaupun tidak sepenuhnya melalui sumbangan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan projek lebuh raya itu di Kampung Berangan Mek Nab di Machang, hari ini.
Nik Aziz mengulas kenyataan sesetengah pemimpin politik, termasuk Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang sangsi dengan kemampuan kerajaan PAS Kelantan membina lebuh raya melibatkan kos besar dan menyifatkannya sebagai gimik politik.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu bertujuan menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas, dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.
Ramai juga rakyat Kelantan yang bising – apakah ini kaedah baru kita dalam membangunkan Negeri. Minta derma untuk buat projek yang sepatut kerajaan negeri bangunkan untuk keselesaan Rakyat. KERAJAAN PAS perlulah lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan PROJEK MENGGUNAKAN DANA MEREKA SENDIRI yang di jana dari PEMBALAKAN. Kalau tak mampu, kita tak payahlah laksanakan ataupun undurlah secara terhormat....sebelum anda DIUNDURKAN oleh kuasa rakyat....ukurlah baju di banda sendiri...jangan ukur baju di BADAN MAT SABU. hamPAS memang teruklah...RAKYAT KELANTAN PERLU SEDAR DAN BERFIKIR APAKAH KERJAAN PAS SELAMA INI MEMETINGKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT atau HANYA BERBANGGA DENGAN APA YANG DILAKSANAKAN OLEH ORANG LAIN.

2 comments:

  1. tak habis2 mintak derma,,ini ke yg dikatakan kebajikan utk rakyat...

    ReplyDelete
  2. eehh..jangan kutuk depa..tok guru kata derma tu akan masuk syurga..tu je gula-gula yang diberi utk rakyat..asyik dok menjaja masuk syurga..awat depa ingat depa tu sapa??...lepas satu janji lagi janji...habok pun takda..kesian ye ngan pengikut yg tak berakal dan tak mau guna akal yang tuhan beri....

    ReplyDelete