Tuesday 12 June 2012

PAS MAKIN KARUT: IBADAT HAJI TAK PENTING, PRU13 LAGI PENTING! - PEMIMPIN PAS





Rakan blogger RBF telah mendedahkan sikap melampau kepimpinan PAS yang mahukan semua ahli PAS yang terlibat dalam pilihanraya untuk menangguh ibadat haji bagi memberi laluan kepada PRU13.
Di antara entri RBF :
Menunaikan fardhu haji adalah salah satu kewajipan kepada umat islam yang mampu. Mana-mana orang islam yang terpilih mereka melahirkan rasa syukur kerana mereka telah diangkat untuk pergi haji. Pendek kata majoriti mereka yang mendaftar tidak sabar-sabar untuk pergi haji. 
Namun lain pula bagi Pas....
Minggu lepas Pas telah mengeluarkan arahan kepada kesemua ahlinya yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya untuk menangguh ibadah haji bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13. seterusnya
Sikap pemimpin PAS yang menyekat orang Islam untuk mengerjakan rukun Islam itu bukan sahaja menyerlahkan sikap mereka yang gila kuasa tetapi memperbodoh-bodohkan diri mereka juga.
Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim menunding jari kepada DS Najib Razak kerana tidak menetapkan lebih awal tarikh PRU13 tetapi yang malunya ialah negeri-negeri yang diperintah oleh pakatan haram pembangkang sendiri tidak menetapkan tarikh pembubaran DUN! 
Tuan Ibrahim, ketua penerangan PAS ini pula telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang kurang cerdik sebelum ini. baca sini
Dan benarlah kata-kata ini, satu jari menunding ke orang lain, 4 jari yang lain menunjuk ke diri sendiri! Kepimpinan PAS semakin hanyut dalam kerakusan mengejar politik.
Apa pun, MiM yakin DS Najib Razak tidak akan sesekali menyusahkan umat Islam negara untuk menunaikan rukun Islam itu. Tambahan pula, Perdana Menteri masih mempunyai banyak masa lagi dan tidak perlu termakan dengan propaganda parti pembangkang yang sebenarnya mahukan PRU13 diadakan seawal yang mungkin.
Propaganda tersebut dicanang-canangkan kerana kita tahu kepimpinan pakatan pembangkang semakin hilang modal dan bertambah lesu jika PRU13 diadakan lebih lama daripada yang mereka inginkan, 


No comments:

Post a Comment