Wednesday 27 June 2012

PEMBAKANG DI MALAYSIA ......?



KUALA LUMPUR, 27 Jun – Sifat sebenar pakatan pembangkang yang dianggotai DAP, Pas dan PKR telah terpamer sebagaimana perlakuan mereka yang gagal dalam melaksanakan tanggungjawab diamanahkan oleh rakyat selepas PIlihan Raya Umum ke-12 lalu, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Wan Norashikin Wan Nordin

Katanya, pakatan pembangkang lebih cenderung menyerlahkan sifat buruk mereka sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak iaitu tidak menepati janji, budi tidak perlu dihargai dan hutang tak perlu dibayar.

“Perlakuan buruk pembangkang ini dapat dilihat oleh rakyat seluruh negara bukan saja di kawasan bandar tetapi masyarakat di pedalaman juga kerana sifat buruk mereka tidak dapat disembunyikan lagi,” katanya kepada UMNO-Online.

Beliau amat bersetuju dengan kenyataan PM yang mengingatkan rakyat tidak boleh berharap kepada pembangkang untuk menentukan masa hadapan mereka kerana pembangkang mengamalkan nilai buruk iaitu janji tidak perlu ditepati, budi tidak perlu dihargai dan hutang tidak perlu dibayar.

“Kita lihat bagaimana ‘buku jingga’ pembangkang yang mengandungi pelbagai janji-janji mustahil sedangkan janji-janji lama mereka sebelum menang dalam PRU-12 pun tak dapat ditunaikan.

“Saya ambil contoh di Perak yang mana mereka menjanjikan pemberian wang RM1,000 kepada mana-mana pelajar yang berjaya memasuki institusi pengajian tinggi tapi malangnya apabila mereka berkuasa dan janji tersebut dituntut maka pelbagai alasan diberikan kepada rakyat yang akhirnya langsung tidak ditunaikan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Gajah menempelak pakatan pembangkang ini yang hanya mudah berjanji tapi tidak boleh menunaikannya.

“Mereka mudahlah untuk bercakap kerana mereka bukan pentadbir kerajaan, tetapi apabila diberi mandat untuk mentadbir negeri macam-macam pula helah mereka,” ujarnya.

Soal beliau, adakah kepimpinan sedemikian yang mahu dipilih dan diangkat sebagai peneraju pentadbiran negara sedangkan telah terbukti apa yang di katakan tidak dikota.

“Mereka telah menunjukkan sifat kepimpinan yang buruk sebagaimana misalnya di Selangor yang gagal memenuhi pendidikan percuma kepada para pelajarnya biarpun mereka sendiri yang membuat tuntutan sedemikian.

“Ini baru satu kerajaan negeri yang diuji untuk realisasikan janji-janji mereka, tapi itu pun tidak dapat dipenuhi jadi bagaimana pula dengan macam-macam janji lain yang mereka anggap kononnya lebih baik dari Barisan Nasional (BN).”

Justeru beliau berharap rakyat bijak membuat penilaian dan menjadikan nasihat Perdana Menteri sebagai azimat untuk menentukan pemimpin akan datang dalam PRU-13. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment