Friday 15 June 2012

POK RESTU KENYATAAN TUAN IBRAHIM TUAN MAN.


Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju jika penyokong parti Pas membatalkan niat untuk menunaikan haji jika pilihan raya umum ke-13 diadakan pada musim haji tahun ini. 

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak mengeluarkan arahan rasmi supaya mereka berbuat demikian kerana ia terserah kepada pucuk pimpinan parti. 

Dipetik Bernama, Nik Aziz berkata, Islam tidak mewajibkan mereka pergi mengerjakan Haji setelah nama mereka tersenarai sebagai jemaah haji oleh Tabung Haji pada tahun berkenaan.

"Malah, Nabi Muhammad sendiri menunaikan haji pada tahun ke-10, sedangkan ayat mengenai wajib haji turun pada tahun keenam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program MASS CPR peringkat Negeri anjuran St John Ambulans Malaysia (SJAM) di sini, hari ini.

Nik Aziz berkata, ibadah haji boleh dilakukan bila-bila masa, walaupun ia wajib dan menjadi rukun Islam kelima.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru didakwa meminta anggota Pas yang terlibat secara langsung dengan pilihan raya supaya menangguhkan ibadah haji.

Mengenai kerajaan Pas Kelantan menarik balik larangan wanita menyertai tilawah Al-Quran selepas lebih 20 tahun larangan itu dikuatkuasakan, Nik Aziz berkata, perkara itu boleh berubah bergantung kepada keadaan semasa kerana kebanyakan umat Islam kini sudah memahami mengenai agama dan adat sopan dalam masyarakat.

Kerajaan Pas Kelantan mula melarang wanita menyertai tilawah al-Quran di semua peringkat selepas mengambil alih teraju pentadbiran negeri ini pada 1990.

Ia menimbulkan isu sehingga ia dibantah oleh Persatuan Qari dan Qariah negeri ini yang meminta kerajaan negeri mengkaji semula larangan itu. -SH

3 comments:

  1. ulama LAIN DIKATANYA ULAMA TEROMPAH.....DIA NI JENIS ULAMA APA PULA ? PELIK SUNGGUH AKU DENGAN POK NIK SEKOR NI......MENYESAL AKU DAPAT MEMNTERI BESAR SETOLOL INI.

    ReplyDelete
  2. Khawarij+Assobiyah+Syiah+Munafiq=PAS

    Takebeer!!!

    ReplyDelete