Wednesday 13 June 2012

#PTPTN : PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT TUNJUK KEBODOHAN.



KUALA LUMPUR: Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN), Datuk Ismail Mohamed Said hari ini menempelak pihak yang mendakwa dirinya telah diperangkap oleh Umno berhubung isu pembekuan pinjaman kepada pelajar baru Universiti Selangor (Unisel).

Sebaliknya, beliau menegaskan pihak pembangkang telah terperangkap oleh permainan politik sendiri bersabit kemampuan untuk memberi pendidikan percuma kepada pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

"Saya yakin PKR telah memerangkap diri sendiri kerana telah menjanjikan pendidikan percuma kepada pelajar dalam negara kita.


"Dan kita cuba buat ujian samada betul-betul PKR, melalui kerajaan negeri Selangor mampu untuk memberikan pendidikan percuma menerusi pelajar Unisel.

"Bila Unisel telah menghantar surat rayuan pada kita, ini bukti jelas bahawa kerajaan negeri tidak mampu memberikan pendidikan percuma," katanya ketika ditemui wartawan di lobi Parlimen, hari ini.

Malah Ismail turut menyifatkan sikap kepimpinan Pakatan Rakyat umpama "cakap tidak serupa bikin" menimbulkan keraguan berhubung pendirian gabungan itu untuk menghapuskan pinjaman yang dikatakan telah menyebabkan hutang negara semakin bertambah.

"Rafizi dalam debat berapi-api mahu mansuh PTPTN, tapi dalam isu ini tuduh PTPTN kebudak-budakan.




"Dalam debat cakap lain, tapi apabila diberi ingatan, sudah pusing kata PTPTN perlu pula," katanya. - antarapos.com

No comments:

Post a Comment