Friday 20 July 2012

AKU PEDULI APA RAKYAT KELANTAK NAK MINUM KE TIDAK JANJI UNDI PAS.

RAKYAT KELANTAN TERPAK MINUM AIR BERLUMPUR AKIBAT KETIDAKPEDULIAN NIK AZIZ.


AKSBMachang: Lebih tiga tahun penduduk Kampung Galang, Pulai Chondong, di sini terpaksa menggunakan air keruh seperti teh untuk kegunaan harian seperti memasak dan membersihkan diri. 



Tidak cukup dengan itu, Sungai Galang yang menjadi sumber air utama kira-kira 300 penduduk kampung berkenaan, kini semakin cetek dan bercampur lumpur sehingga menyebabkan 600 hektar sawah di situ rosak dan tidak subur. 

Berikutan itu, Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) kawasan Machang dan penduduk Kampung Galang mengadakan demonstrasi aman di depan Loji Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) Merbau Chondong, mendesak masalah itu diberi perhatian sewajarnya. 

Menerusi laporan polis dibuat kelmarin, mereka mendakwa loji air di Merbau Chondong tidak menyelenggara air mengikut spesifikasi ditetapkan iaitu membuang kumbahan bercampur lumpur atau menyalurkannya ke dalam kolam disediakan, sebaliknya ke Sungai Galang. 
Penduduk yang juga petani, Mohamad Hassan, 63, mendakwa masalah yang membelenggu mereka berlarutan sekian lama. 
“Dulu saya boleh berwuduk di sungai tepi masjid sebab airnya bersih, sekarang lumpur cukup tebal melebihi paras lutut, ikan pun tak boleh hidup sebab air macam teh tarik.Tolong turun padang!“Saya berharap masalah ini ditangani segera demi kepentingan penduduk dan berharap wakil rakyat kami turun padang melihat keadaan ini,” katanya. 

Seorang lagi penduduk, Mustafa Che Lah, 71, berkata, masalah itu banyak menjejaskan kegiatan seharian keluarganya dan masyarakat di situ. 

“Kerajaan negeri kata nak buat negeri kebajikan, tetapi apa yang kita tengok mereka sibuk berceramah, tak jaga rakyat.“Apa yang harapkan ialah pihak bertanggungjawab membuat pemantauan mengenai perkara ini,” katanya. 

Pengerusi MTRK Machang, Ab Halim @ Kamaruddin Ab Kadir, turut memohon pihak berkuasa menyiasat sama ada masalah berkenaan disebabkan kecuaian pekerja AKSB sehingga sungai cetek dan dikhuatiri membawa masalah baru, iaitu banjir yang pasti menjejaskan penduduk Kampung Galang dan kawasan sekitar Pulai Chondong. -BH

1 comment:

  1. biar bagaimana sekalipun rakyat kelantan akan tetap selamatkan bulan.itulah kerajaan terbaik dari permerhatian mereka.

    ReplyDelete