Thursday 5 July 2012

ARTIS MEROYAN SELEPAS "SUMPAH BI'AH" DEPAN POK NIK






Kasihan sebenarnya dengan Hairie Othman yang kononnya mahu berubah menjadi lebih Islamik namun sejak terlibat dengan PAS makin menjadi-jadi perangai Islamik Syiah PASnya. Mula - mula cerita baik je akhirnya keluar pula statement mengatakan dia memang punya cita-cita mahu menjadi Menteri dan mengugut. Bukankah ini cara syiah? Lihat sendiri statement dia di Twitter yang mempermainkan niat yang sering dibaca oleh orang Islam dalam banyak perkara.






Sedih melihat bagaimana seorang artis khalwat yang mahu berpolitik namun tersesat pula akidahnya sehingga menjadi seorang yang berfahaman syiah hanya untuk memebuhi kehendak parti yang dipilih.



Teringat pula artikel Angin Perubahan tentang ceramah Hairie Othman yang sememangnya ramai dah tak kenal sebab itu dia berada di pentas ceramah PAS. Ini pun Mahfudz nak kata PAS tak guna artis?

“Kenal saya tak? Saya berlakon filem Leftenan Adnan. Kalau tidak pernah tengok, tengok di Youtube. Kalau drama tengok drama waris. Tengok? Kalau tidak tengok, sebab saya jadi hantu” kata Hairie Othman.

“Saya buat keputusan bersama wadah perjuangan lebih kurang sebulan lepas. Saya hendak bersama dengan perjuangan Islam dan bukan dengan perjuangan sekular. Saya teman kawan saya, Leman (Raja Lawak) berceramah di Batu Gajah, tiba tiba dia ajak saya naik pentas berceramah. Itu permulaan saya di atas pentas PAS” kata Hairie Othman.
“Saya ingin mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada Haji Hadi, Mat Sabu. Yang penting saya dah bersama wadah perjuangan ini. Saya seru ramai-ramai keluar Barisan, naik roket pergi bulan dan tegakkan keadilan. Takbir!!!” kata Hairie Othman. 
Inilah kata-kata yang disebut oleh Hairie Othman ketika berceramah di atas pentas PAS pada 30 Jun 2012 di Bukit Payung, Marang. Nampaknya Hairie sudah terlalu taksub hingga menyeru umat Islam naik roket bersama dengan DAP. Hairie tidak kenal lagi dengan DAP. Elok berjumpa dulu dengan Hasan Ali sebelum bicara soal DAP. - Angin Perubahan

1 comment:

  1. hanya yang bangang saja sertai parti pas tu.

    ReplyDelete