Sunday 29 July 2012

BALAK DI GUNUNG INAS BALING : ADA SESUATU YANG PELIK BERLAKU.

Tempat pengumpulan Kayu Balak.. di Kawasan Charok Rotan Mas, Kupang. Sebenarnya Pembalakan di gunung Inas ini, mempunyai 4 tempat Pengumpulan Hasil Balak, Pertama di Kg. Bok Bak, Kampung Iboi, Kg. Charok Rotan Emas dan Kg. Bukit Hijau, Kupang.

                                           
Semalan aku berpeluang menyusup masuk ke Depo hasil Balak... dapat juga bersembang dengan taiko-taiko kat situ.. taiko-taiko tu cakap sekarang ni... susah sikit nak wat kerja sebab ada pegawai Jabatan Hutan yang akan datang buat pengawasan kat depo.  



Aku ada juga korek-korek tanya..pasal jentera dan jengkaut.. taiko tu bagi tau... depa nak habiskan saki-baki balak yang dah tebang dan di kumpulkan kat depo ni....


Apa yang memeranjatkan aku.... dari sembang-sembang aku ngan taiko, sekarang ni dia orang terpaksa   buat kerja "haram" sikit-sikit untuk mengelakan kerugian. Aku terkejut juga dari kenyataan taiko ni. apa-apa pun aku cuba jugaklah nak korek cerita ni benar ke bohong.....

LESEN YANG JELAS MENUNJUK SUDAH TAMAT TEMPOH

menurut taiko ni lagi... mereka terpaksa meneruskan kerja, kalau kerja tak jalan macam nak dapat pendapatan.Baik bebenar taiko ni... nak kongsi cerita ni ngan aku... kalau lu tak caya lu cuba naik itu bukit... duduk atas sana baru lu tau itu cerita.... 




Memang betul aktiviti pembalakan di hentikan.... tapi aktiviti PENEMBANGAN balak masih lagi di jalankan. MASIH LAGI ADA PEGERAKAN KELUAR MASUK PEKERJA-PEKERJA  menggunakan :kenderaan jenih Hilux. wat apa dia orang tu masuk....? 

Sumber dari orang kampung memberitahu... aktiviti penembangan masih lagi berlaku. Kali ini balak yang di tebang tidak di anggkut ke tempat pengumpulan. tapi dibiarkan dikawasan penembangan sehingga "kering" baru diangguk turun ke "depo"   untuk mengelirukan pihak berkuasa agar kayu balak nampak seperti kayu lama.


Memang jelas... mereka ini "BEBAS" dari tindakan undang-undang..... kepada pihak yang berwajib jangan nak pantau kat bawah ni aje... sebab masih banyak lagi aktiviti penembangan di atas bukit sana...... 

No comments:

Post a Comment