Friday 6 July 2012

KERETA MAEL LAMBONG "DI LELONG"


Bidaan Dibuka Kereta Mael Lambong. Excellent Pictures mencipta kejutan tersendiri apabila membuka bidaan untuk kereta yang digunakan oleh Mael Lambong dalam filem itu dengan harga permulaan RM5,000.


Setelah membuat pengumuman itu di slot Ceria Pagi di Suria FM, sebanyak 100 penyertaan telah diterima berkenaan bidaan ini.

Kereta Mael Lambong, lakonan Zizan Razak, yang digunakan dalam filem berkenaan, merupakan sebuah kereta ‘Drift’ jenama Toyota Soarer E MZ II dengan kapasiti enjin 2500 cc.

Bagi pembida tertinggi, satu majlis penyerahan kereta tersebut akan diadakan dalam satu majlis yang akan diumumkan kelak.

Untuk membida kereta Mael Lambong ini, peminat boleh melihat syarat bidaan di laman web syarikat iaitu www.excellentpictures.com.my juga di laman www.facebook.com/kisahmaellambong. Sumber dari Blog.


No comments:

Post a Comment