Sunday 15 July 2012

LAGI ARTIS SECONDHAND SERTAI PARTIS ARTIS SEMALAYSIA (PAS)










KUALA LUMPUR - Pelakon Adam Hamid berazam untuk mengubah dunia seni tanah air ke arah yang lebih baik dan berpaksikan syariat lebih-lebih lagi apabila dirinya sudah secara rasminya menjadi ahli Pas seumur hidup bermula malam tadi.
Menurutnya, dunia seni kini semakin lalai dan ramai penggiat seni tidak menghiraukan perintah-Nya ketika berkecimpung dalam dunia seni.
"Ramai yang leka dengan perintah-Nya dan melakukan yang terlarang.





"Jadi saya berasa terpanggil untuk mengajak mereka ke arah yang lebih baik dan berkongsi ilmu yang saya ada walaupun sedikit," ujarnya ketika ditemui selepas sesi ceramah pada majlis Siri Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Wilayah Persekutuan di sini, malam tadi.
Pada mulanya, beliau mahu bersara dalam bidang seni tetapi rakan-rakan artis melarang kerana khidmatnya sebagai pelakon dan pengarah masih lagi diperlukan.
"Saya akan bersara jika ada pihak-pihak tertentu yang menyenaraihitamkan nama saya untuk terlibat dalam mana-mana pihak produksi lakonan.
"Saya juga berharap agar dengan saya menyertai Pas ini tidak disalahertikan oleh mana-mana pihak," tambah beliau.
Beliau menambah, hanya menyerahkan segalanya kepada takdir berhubung statusnya dalam bidang seni tetapi bagi dirinya sendiri, usaha dalam bidang lakonan tetap akan diteruskan kerana ia sudah sebati dalam jiwa.
Ditanya adakah hanya mengikut trend artis kini yang semakin ramai mula menyertai arena politik tanah air, beliau lantas menafikan.
"Tidak. Saya tidak pernah terikut-ikut dengan langkah artis lain menyertai politik. Saya mula bergiat aktif dalam arena politik sudah lama tetapi baru kali ini saya meyerahkan borang keahlian secara rasmi dan saya merupakan pengikut setia Pakatan Rakyat," ujarnya.
Sumber Berita:
http://www.sinarharian.com.my



AZam tu elok bro... selama rezeki yang pelakon lain tak berkat ke.... wjib ker... kalau nak islam kena sertai PAS... apa punya stetmen bro...

golongan artis dan selebriti itu langsung tidak menyedari bahawa mereka sedang dipergunakan PAS untuk meraih sokongan rakyat, dan lebih malang lagi apabila mereka disuntik doktrin kononnya perjuangan parti itu adalah sebuah pejuangan “Islam” sebenar.



Sekiranya golongan artis dan selebriti benar-benar berminat untuk “berhijrah” serta mendekati Islam secara jujur dan ikhlas, sewajarnya mereka tidak akan memilih PAS sebagai platform untuk mereka berbuat demikian.

Bagi KK : BERBURU KE PADANG DATAR

            DAPAT RUSA BERKAKI BELANG

            BERGURU KEPALANG AJAR

            IBARAT BUNGA KEMBANG TAK JADI        

No comments:

Post a Comment