Monday 30 July 2012

PEMBAZIRAN NAJIB SENANGKAN RAKYAT #janjiditepati

Duit Raya Felda RM43.2 Juta
  • no preview
  • SIK: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad mengumumkan pemberian wang Hari Raya berjumlah RM43.2 juta kepada kesemua peneroka Felda.
    Najib berkata pemberian ini sebagai menghargai sumbangan peneroka kepada pembangunan Felda dan membantu perbelanjaan persiapan Hari Raya mereka.
    Beliau berkata kadar ini terbahagi kepada dua kategori iaitu peneroka bersama Felda dan peneroka yang tidak bersama Felda.

    Katanya 103,597 peneroka atau 91.9 peratus yang bersama Felda akan menerima RM400 seorang melibatkan peruntukan berjumlah RM41.4 juta manakala 9,038 orang atau 8.02 peratus peneroka yang tidak bersama Felda masing-masing menerima RM200 melibatkan peruntukan berjumlah RM1.8 juta.

    Najib berkata demikian pada majlis perasmian Program Rahmat Ramadan peringkat Kebangsaan di padang Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya di sini.
    Pemberian wang Hari Raya kepada peneroka dilaksanakan sejak 2003. Bayaran pada tahun ini bertambah RM0.6 juta atau 1.39 peratus berbanding bayaran tahun 2011 iaitu RM42.6 juta.

    Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan sagu hati kepada jawatankuasa masjid di semua Felda berjumlah RM792,500, peruntukan untuk Program Ihya Ramadan sebanyak RM951,000 dan Program Ihya Ramadan kawasan Parlimen Felda RM540,000.
    "Semua janji kita tunaikan... itu pun (selaras dengan ajaran) Islam. Walaupun Felda dah disenarai (di Bursa Malaysia) bantuan yang sebelum ini diberi kita teruskan. Jadi duit raya tetap kita beri kepada peneroka," katanya.

    Hadir sama isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Johari Baharum, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

    Dalam kunjungan ke Parlimen Sik hari ini, Perdana Menteri turut melancarkan program bantuan Kasih Felda kepada kampung tradisional yang berhampiran kawasan Felda.
    Program ini berbentuk pembaikan rumah uzur yang perlu dinaik taraf.
    Di Kedah, sebanyak 1,000 rumah dikenal pasti menerima bantuan sebanyak RM5,000 setiap rumah dengan jumlah bantuan sebanyak RM5 juta.

    Perdana Menteri kemudian berbuka puasa bersama peneroka Felda dan penduduk di kawasan Parlimen Sik. BERNAMA

    No comments:

    Post a Comment