Sunday 26 August 2012

APAKAH LELAKI PANDANG JIKA MELIHAT PEREMPUAN MUDA?





Semalam saya mengutarakan soalan dianggap sebilangan rakan Facebook sebagai 'soalan maut'.

'Apakah lelaki pandang ketika melihat perempuan?'.

Maksud saya perempuan muda.

Pelbagai jawaban dicatatkan di sini.

Itu hanya soalan asas tetapi jarang dikemukakan jawabannya secara jelas kerana dianggap hal itu dianggap understood but not stated.

Di entri 'Bukan semua orang berani naik ...',  sahabat blogger, Azhar Abdullah mencatatkan komen berikut ...

'Tertarik bila Mazidul kata sebab dulu orang pakai labuh ...

Zaman ini kita 'sengsara' kalau masa naik eskalator itu, orang depan kita pakai skirt pendek ... serba salah hendak pandang mana .. hehe ...'

Benar.

Lelaki sekarang kerap kali berada dalam keadaan serba salah kerana terlalu ramai perempuan berpakaian seksi. Berpakaian bak tidak cukup kain barangkali mengurangkan risiko ketika menggunakan eskalator. Tiada bahagaian pakaian akan tersangkut. 

Pada masa sama,  mereka memancing pandangan ramai lelaki.

Terpandang tidak mengapa tetapi lazimnya bukan begitu. Lirik mata majoriri lelaki pasti mengekori kelibat tubuh perempuan seksi.

Tambahan pula, perempuan seksi berada di pelbagai lokasi, di pusat hiburan, di kompleks membeli-belah dan di jalanan.


Lihat gambar di bawah (sumber di sini). Barangkali wanita itu bukan beragama Islam dan memakai tudung sekadar mengikut perkembangan fesyen.


Kekadang lelaki bisa terkeliru, berasa sukar membezakan di antara perempuan berbanding ikan. Ikan tidak berpakaian tetapi sekurang-kurangnya diselaputi sisik keras dan lembut.


Manakala sebilangan perempuan gemar menayangkan kulit.


"Gatal lelaki itu, mata dia ...," ujar perempuan berpakaian seksi kepada rakannya.

Bukan gatal, jika 'aset' dipamerkan bak tandas awam, lelaki hanya mengikut fitrah, gemar melihat atau mungkin tertengok perempuan seksi.

Jadi, mengapa merungut? 

Andai semua perempuan berpakaian mengikut tuntutan agama Islam, pasti lelaki terselamat daripada dosa mata.

sumber : klik sini

No comments:

Post a Comment