Thursday 16 August 2012

Nasrudin Tantawi Minta Nasharudin Mat Isa Butakan Mata Hubungan PAS-DAP?!!!


SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan menggesa Ahli Parlimen
Bachok, Nasharudin Mat Isa agar bertemu pimpinan parti jika ada perkara yang 
beliau tidak berpuas hati.




Menurutnya, tindakan mengeluarkan kenyataan 
mempertikai parti di media pihak lawan tidak
 menguntungkan parti malah hanya akan 
memberi peluang kepada musuh politik melemahkan Pas.


"Saya menggesa supaya Ustaz Nasharudin 
datang berbincang dengan pimpinan parti jika 
ada perkara yang beliau tidak puas hati.


"Bukan mengambil tindakan seperti apa yang 
telah dilakukan oleh Datuk Hasan Ali sebelum ini. 
Menyerang dan mempertikai keputusan parti 
di media pihak lawan," katanya dipetik Harakahdaily hari ini.


Beliau berkata demikian mengulas kenyataan 
bekas Timbalan Presiden Pas itu yang disiar 
di Buletin Utama TV3 malam tadi yang 
mencadangkan agar Pas keluar dari Pakatan 
Rakyat jika DAP menentang hudud.
Kenyataannya malam tadi itu menghangatkan semula perbahasan 
berhubung kedudukan Nasharudin dalam parti ekoran beliau dilihat secara 
terbuka menolak keputusan parti.


"Tiada siapa yang gembira dengan perkembangan ini kecuali musuh politik 
yang mahu melihat pergolakan berlaku dalam parti.


"Pastinya kesempatan ini akan diambil sepenuhnya oleh musuh politik 
untuk melemahkan PAS," kata Nasrudin lagi.


Sehubungan itu, beliau menggesa Nasharudin segara bertemu pemimpin 
tertinggi parti begi menyelesaikan segala masalah yang timbul secara dalaman.


"Saya tidak nampak Ustaz Nasharudin tidak memahami konsep Amal Jamaei 
atau lainnya yang berkait dengan disiplin perjuangan dan juga berjamaah.


"Ustaz Nasharudin sewajarnya insaf bahawa beliau yang memerlukan 
perjuangan Islam ini bukan sebaliknya.


"Ingatlah bahawa Perjuangan Islam ini tidak pernah rugi hanya kerana 
kita meninggalkan perjuangan ini, justeru ALLAh pasti akan menggantikan 
orang lain yang akan terus berjuang dan memperkuatkan saf perjuangan Islam 
ini," katanya



@Penggempur Mutiara

No comments:

Post a Comment