Sunday 9 September 2012

Apa Jadi Pada Nasib Ustaz Nasha?

Mesti penyokong ustaz Nasha sedang menghitung apa nasib yang berlaku kepada ustaz Nasha pada malam ini (09/09/12) . Nasib yang menimpa Ustaz Nasib sekarang bukan di tentukan oleh geng PAS sahaja, tetapi PKR dan DAP juga juga memainkan peranan penting dalam kedudukan Ustaz Nasha.

Ustaz Nasha yang juga ahli parlimen Bachok di kencam hebat oleh Pakatan Rakyat apabila beliau sering mengeluarkan kenyataan berhubung kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat terutama DAP yang terang-terang yang menolak Islam dalam sebagai asas perjuangan PAS.

AJK PAS Pusat Serah Isu Nasharudin Kepada Majlis Syura

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Anggota Jawatankuasa (AJK) Pusat PAS pada Ahad langsung tidak menyentuh isu berkenaan bekas timbalan presiden parti, Nasharudin Mat Isa.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang ditemui selepas mesyuarat itu berkata presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menetapkan bahawa sebarang perbincangan mengenai perkara itu, jika ada, hanya akan dibuat Majlis Syura yang akan bermesyuarat malam ini (Ahad).

Beberapa pemimpin PAS lain ketika ditemui selepas mesyuarat yang berlangsung kira-kira tiga jam itu, turut menegaskan bahawa isu Nasharudin bukan perkara utama yang dibincangkan.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tumpuan parti adalah strategi persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang meskipun tarikh sebenar pilihan raya masih menjadi teka-teki semua pihak.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Othman pula berkata AJK Pusat banyak berbincang mengenai beberapa konvensyen dan seminar yang bakal diadakan parti itu tidak lama lagi.

Isu kedudukan Nasharudin, termasuk kemungkinan beliau dipecat, semakin hangat mutakhir ini berikutan gesaan beliau yang juga Anggota Parlimen Bachok, agar PAS mempertimbang semula kerjasama dengan pakatan pembangkang yang menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan segelintir anggota parti. - BERNAMA

KK_ Aduhai PAS kecut teloq bila DAP bersuara. DAP anti Islam. Sape yang berani kritik PR pasti terima habuan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment