Sunday 30 September 2012

#astro sengaja nak mencemarkan Imej Malaysia.



Bagaimana pula sebuah syarikat penyiaran yang begitu besar boleh terlepas pandang perkara macam ni.... sepatutnya pihak astro lebih mngutama kan kualiti serta mutu racangan yang disiarkan selaras dengan imej sebuah negara yang mengamal perpaduan dan berteraskan agama islam sebagai agama rasmi,

Baca lagi kupasannya oleh Cucu Tok Selampit di sini :


CTS mendapat maklumat filem kontroversi, Bruce Almighty telah mendapat tempat penayangan di saluran 413 Fox Movie bermula tayangannya pada 28/09/2012 bermula jam 10.00 pm selama 105 minit. Sewaktu posting ini disiarkan filem ini sedang ditayangkan di saluran yang sama bermula 8.45 pm. Filem lakonan Jim Carey ini telah diharamkan penayangannya oleh Kerajaan pada penghujung bulan Julai 2003. Perkara pengharaman berkenaan telah diumumkan oleh akhbar-akhbar utama negara seperti Utusan Malaysia, (lihat sini) dan lain-lain, oleh Timbalan Menteri Kemeneterian Dalam Negeri pada waktu itu, Datuk Chor Chee Heung. 

Sebelum ini, stesen radio MIX FM milik ASTRO pernah ditegur kerana mengajurkan peraduan di radio itu yang berlangsung bersama Buena Vista International (pengedar filem itu) pada tahun yang sama bersempena promosi tayangan pawagan filem itu. Filem Hollywood lakonan Jim Carrey itu mengisahkan seorang lelaki diberi tanggungjawab untuk menjadi Tuhan dalam tempoh seminggu. CTS berharap pihak SKMM dan KDN lebih peka dengan isu ini. Tambahan pula, sehari dua ini kita dilonggokkan dengan pelbagai isu yang menghina Agama. Pihak ASTRO harus meminta maaf dan menghentikan siaran ulangan filem berkenaan yang ditetapkan waktu tayangnya pada 01 Oktober 08.45 pm, 04 Oktober 12.30 pm dan 05 Oktober 06.00 pm.

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2012/09/astro-tidak-peka-menayangkan-filem-yang.html#4z8PXO2OAP6LQMoq.99 

No comments:

Post a Comment