Saturday 15 September 2012

Bekas Pemain 'Hijau Kuning' antara calon Parti KITA.

Parti Kita Umum Tujuh Lagi Calon PRU-13 Di Kedah

SUNGAI PETANI: Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) mengumumkan tujuh lagi calon pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) untuk bertanding di lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kerusi Parlimen di Kedah.

Lima calon bagi kerusi DUN ialah petugas media, A. Appadorai, 59, yang akan bertanding di DUN Kuala Ketil, ahli perniagaan Samransak Kram, 27, (DUN Pedu),Azhar Ahmad, 34, (DUN Bakar Bata), Wan Rosli Omar, 40, (DUN Merbau Pulas), danVincent Tuh, 44, (DUN Bakar Arang).

Bagi kerusi Parlimen pula, N. Periasamay, 52, bagi kerusi Padang Serai dan Sanan Maniratana Eplat, 37, di kerusi Pendang.

Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim berkata, beliau menaruh sepenuh keyakinan terhadap senarai calon yang sudah dipilih untuk bertanding di negeri ini.

"Saya yakin dari segi dia (calon), orang dari bawah dan terlibat dalam kegiatan komuniti, ini penting untuk kita. Kita tidak mahu calon daripada orang kaya-kaya sebab kita nampak orang kaya fikir diri sendiri dulu.

"Kita mahu orang yang boleh memahami masalah rakyat. Calon kita terdiri dariahli perniagaan kecil-kecilan," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri Parti KITA Kedah di sini, Sabtu.

Sebelum ini, Parti KITA Kedah mengumumkan tiga calon yang akan bertanding kerusi DUN dan satu kawasan Parlimen iaitu Kamal Nasser Thow Beek, 49, (DUN Bukit Selambau), Cherean Isen, 34, (DUN Sungai Tiang), Ong Choon Seng, 52, (DUN Gurun), dan Suhaimi Hashim, 49, (Parlimen Sungai Petani).

Zaid berkata, Kedah merupakan negeri yang paling ramai diletakkan calon untuk bertanding dalam PRU-13, namun Parti KITA akan tetap meletakkan beberapa calon di negeri-negeri lain termasuk di Sabah. - BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment