Wednesday 26 September 2012

Kantoi Lagi !!! ketika demo bantah filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhamad SAW


Kantoi lagi......

APA sebenar muslihat Anuwar Ibrahim ni.... tindakan anwar yang dilihat lebih cenderung mempertahan polisi pihak barat.. sehinggakan sanggup menempelak mereka yang berdemo membantah filem yang menghina Islam. jika di lihat anuwar seolah-olah menjaga periuk nasi beliau yang "selama ini mendapat sokongan dari pihak barat"


Ketika majoriti umat Islam di seluruh dunia membantah filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhamad SAW, Anwar Ibrahim pula bertindak sebaliknya dengan menempelak tindakan bantahan itu sebagai beremosi dan cepat melenting.





“Tindak balas ganas terhadap filem yang menghina Islam, dia (Anwar) bersetuju bahawa terdapat satu ‘masalah dalam jiwa umat Islam..mudah marah dan emosi,” lapor Eddie Barnes, wartawan The Scotsman, media terbitan British, ketika menemu bual Anwar semasa Ketua Pembangkang itu melakukan lawatan ke United Kingdom baru-baru ini.


Wartawan The Scotsman melaporkan kata-kata Anwar itu dalam artikel yang bertajuk, “Eddie Barnes: Tough challenge to heal the divides in Malaysia“.Wawancara itu turut dimuat turun di laman peribadi Anwar,anwaribrahimblog.com.

Ketika disoal tentang bantahan pemerintah Malaysia terhadap filem itu, Anwar berkata, “mereka berpura-pura bercakap membela Islam apabila mereka terang-terangan korup dan tidak adil. Itulah sikap kumpulan yang sedang memegang kuasa”

Eddie Barnes juga turut melaporkan cemuhan Anwar terhadap langkah kementerian pendidikan Malaysia yang menerbitkan satu garis panduan mengenal pasti kecenderungan homoseksual di kalangan pelajar, sebagai langkah ‘gila’.

Pada tahun 2009, Anwar turut mengeluarkan kenyataan yang hampir sama ketika berceramah dalam program ‘Muslim Christian Interfaith Conference’ di Perth, Australia.

Dalam ceramah di hadapan majoriti penganut Kristian Australia itu, Anwar memperlekehkan umat Islam Pakistan yang berdemonstrasi membantah Kartun Denmark (Danish Cartoon), karikatur yang menghina Islam dan Nabi Muhamad SAW. Sila tonton ucapan Anwar dalam rakaman video di atas.

Kartunis Denmark, Kurt Westergaard, disifatkan menghina Islam kerana melukis wajah Nabi Muhammad SAW dengan memakai serban yang bentuknya mirip sebutir bom.

Karikatur yang disiarkan oleh beberapa akhbar utama Denmark itu telah menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia._SUMBER

No comments:

Post a Comment