Friday 14 September 2012

Kes video Dera di FB: Video 90 minit bantu suami bersihkan nama.

Suami Didakwa Dera Isteri Dedah Rakaman Penuh CCTV.

IPOH, 13 Sept - Calven Chik Foo Keong, suami yang didakwa mendera isterinya, Amanda Fong Kim Yen, 19, pada Khamis mendedahkan rakaman penuh kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian, pada 23 Ogos lepas.

Calven Chik, 26, berkata rakaman video selama 90 minit itu terpaksa didedahkan bagi membersihkan namanya yang tercemar selepas hanya sebahagian daripada rakaman berkenaan dimuat naik, ke dalam laman Facebook isterinya.

Jelas beliau, isterinya melakukan provokasi terhadapnya dan segala tindakan yang dilakukan beliau ketika itu, adalah untuk mempertahan diri.

"Beliau (Amanda Fong) yang mula memukul saya dan saya pegang tangannya dan minta beliau bertenang," katanya kepada pemberita di sini, pada Khamis.

Calven Chik mendakwa kejadian itu berpunca daripada Amanda Fong yang tidak berpuas hati dengan penjelasannya berhubung perbualan beliau dengan seorang pelanggan butik milik mereka melalui laman sosial. - BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment