Thursday 13 September 2012

Keyakinan Menteri Besar Kedah Azizan Razak untuk PAS kekal memerintah. Negeri Kurang.

Azizan Razak sekarang ni agak bimbang dengan kekuatan PR untuk Kekalkan manjoriti di Kedah. Senario politik di Kedah yang menyebabkan Pakatan Rakyat di Negeri ini semakin hilang sokongan. Setelah pelbagai 'janji ditaburi' tetapi pelaksanaan 'dimungkiri'. Air percuma, Cukai Pintu, ibu Tunggal, pelajar sekolah/IPT/IPTS.

Dari gunung ganang sehinggalah ke bandaraya semua PR nodai dan cabuli. Pembalakan, Air, Disko, Pusat hiburan, Rumah urut semua pas 'luluskan'. Rakyat semakin bijak memilih, dengan situasi ini MB Kedah pun mengeluarkan kenyataan di bawah :-


DUN Kedah Dibubarkan Jika PAS Yakin Kekal Kuasai Kedah

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata keputusan bila Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan akan dibuat berdasarkan keadaan politik semasa di negeri ini.

"Tengok keadaan, ikut angin boleh menang. Kalau sekarang bubar boleh menangkenapa tidak?. Kalau penilaian politik boleh menang, kita bubar DUN," katanyakepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sinihari ini.

Baru-baru ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata kerajaanPulau Pinang belum membuat keputusan sama ada mahu membubar DUN serentak denganpembubaran Parlimen.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula berkata pendirianPAS Kelantan sama sekali tidak akan membubarkan DUN secara berasingan untukmembolehkan pilihan raya umum diadakan.

Beliau berkata pembubaran DUN akan diadakan serentak dengan kerajaan pusatsebaik sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan Parlimen.

Azizan berkata kerajaan Kedah bagaimanapun akan melihat keputusan majlispakatan rakyat terlebih dahulu dalam isu pembubaran DUN itu.

Sementara itu, Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri berkata pengagihankerusi dalam kalangan PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP telah 90 peratusselesai.

" Kami ada jawatankuasa teknikal untuk PAS, untuk PKR dan untuk DAP. PASnegeri telah lama menyerahkan senarai nama calon kepada PAS pusat untukdipertimbang," katanya.

Beliau berkata PAS negeri mahu memberi keutamaan kepada calon-calon tempatantetapi bersedia menerima calon 'import' yang berkualiti jika itu yang diputuskanoleh Majlis Syura.

" Calon tempatan pun ramai yang layak. Bagaimanapun, calon yang menang duluseboleh-bolehnya kami mahu kekalkan melainkan fizikal tak cergas, uzur ataumenarik diri. Mereka (ini) ada pengalaman. Selain calon luar, ada juga ura-urawakil Dewan Himpunan Penyokong PAS hendak dicalonkan," katanya.

Azizan turut membayangkan untuk mempertahan kerusi DUN Sungai Limau yangdiwakilinya sejak 1995 jika dipersetujui pimpinan pusat walaupun beliaudikatakan berhadapan dengan masalah kesihatan. BERNAMA

KK_ ermmmm kerisauan han tu, sebenar kepada geng parasit yang mahu mencantas serta merampas kedudukan jawatan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment