Tuesday 25 September 2012

Masa Untuk Saya Pilih #AspirasiMahasiswa



Mahasiswa sebagai modal insan negara hari ini adalah dilihat sebagai prospek barisan pemimpin negara pada masa depan. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merupakan salah satu organisasi pelajar tertinggi di universiti untuk melahirkan mahasiswa yang mampu menjadi pemimpin dan individu yang cemerlang dalam segala aspek demi kebaikan bukan sahaja di kalangan mahasiswa universiti malah untuk negara pada masa depan.


Setelah membuat pemerhatian dalam tempoh berkempen ini, MU tertarik dan bersetuju dengan manifesto rakan-rakan ini. Jelas dan menyeluruh.

1.    Keutamaan menjaga kebajikan mahasiswa
2.    Pembangunan kecemerlangan akademik dan kemahiran insaniah dalam mempertingkatkan lagi kebolehpasaran mahasiswa.
3.    Keberkesanan penyampaian informasi yang mutakhir
4.    Memperkasa dan menambahbaik infrastruktur dan kemudahan
5.    Pembudayaan semangat kesukarelawanan & kemasyarakatan
6.    Melestari kampus hijau mesra alam
7.    Pemantapan sistem praktikum menerusi jaringan luar yang berkesan
8.    Keterbukaan keintelektualan aspirasi mahasiswa serta amalan budaya korporat
9.    Pembangunan sukan yang mapan dan menyeluruh
10. Mempromosi amalan tadbir urus korporat di semua jabatan serta pelajar

Kepada rakan-rakan, mahasiswa-mahasiswi UUM, jalankanlah tanggungjawab anda.


 Waktu mengundi:
9.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Tempat:
DPP masing-masing (Pelajar berdaftar dengan DPP)
Pusat Kegiatan Pelajar, SAC (Pelajar tinggal di luar kampus)


MU Pilih

No comments:

Post a Comment