Sunday 9 September 2012

Misi Bantuan Kelab Putera 1Malaysia Ke Myanmar Dalam Tempoh Terdekat

BUTTERWORTH: Kelab Putera 1Malaysia yakin misi bantuan membawa 480 tan barangan keperluan ke Myanmar bagi membantu etnik Rohingya yang ditindas di negara itu akan berlepas ke sana dalam tempoh terdekat.

Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, MisiBantuan Kemanusiaan Tabung Rohingya sepatutnya bertolak 1 September lepas tetapiterpaksa ditangguhkan kerana belum mendapat kebenaran daripada Myanmar.

Katanya, beliau percaya kerajaan Myanmar akan memberikan kebenaran untuk misiberkenaan kerjasama erat yang dijalin antara Malaysia dan negara itu selama ini.
"Saya ada bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa hari lepas sebelum beliau ke luar negara dan hasil perbincangan, beliau memberi jaminan akan membantu kita mendapatkan kelulusan daripada Myanmar.
"Dan semalam saya dimaklumkan ada berita baik daripada Perdana Menteri berhubung misi bantuan berkenaan dan jika kita telah peroleh kebenaran, kapal KD Sri Indera Sakti yang akan membawa 480 tan barangan keperluaan seperti makanan, ubat-ubatan serta keperluan harian lain akan berlepas selewat-lewatnya minggu depan," katanya kepada pemberita di sini, malam Sabtu.
Azeez ditemui selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Bagan.
Turut hadir Ketua Bahagiannya, Datuk Abdul Latif Mirasa.
Azeez yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata kesemua sumbangan yang akan dibawa itu membabitkan perbelanjaan RM9.67 juta dan ia adalah hasil sumbangan rakyat berbilang kaum di negara ini dalam tempoh hanya lapan hari.
"Kita juga bukan sahaja akan menyampaikan sumbangan ini kepada masyarakat beragama Islam, tetapi masyarakat bukan Islam yang hidup dalam serba kesukaran di Myanmar.
"Ini kerana, mereka yang menyumbang untuk penduduk di Myanmar terdiri daripada rakyat berbilang kaum di negara ini dan sebab itulah bantuan ini juga akan diberi kepada sesiapa sahaja termasuk mereka yang bukan beragama Islam tetapi memerlukan bantuan daripada kita," katanya.
Beliau berkata, mengikut perancangan awal, misi bantuan itu akan mengambil masa 11 hari dan kesemua sukarelawan termasuk doktor pakar dan media akan menaiki KD Sri Indera Sakti untuk bertolak ke Pelabuhan Sittwe, Myanmar.

"Setibanya di sana nanti, kami akan dibantu beberapa pertubuhan bukan kerajaan di Myanmar yang telah menyatakan kesediaan membantu kami bagi menyampaikan sumbangan ini," katanya. - BERNAMA 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.









No comments:

Post a Comment