Wednesday 19 September 2012

Sampai bila lagi.. tak serik-serik di "Cabul" ?

Mungkin inilah yang ahlul-ahlul PAS banggakan bila sebantal dengan DAP, tolong lah wahai anak melayu, berapa lama lagi nak mencium, menyanjung tapak kaki 'kafirun'?

Kemaruk sangatkah nak berkuasa... giler sangat dengan jawatan ? dah tamak sangat dengan harta? sampai sanggup sekatil, sebantal dengan si 'kafirun' dan si 'zionis', 

Kenyataan dan Suara Pemimpin DAP yang hanya mahun undi melayu sahaja..... PAS hanya sekadar tunggangan DAP... kSampai bilakah ahlul-ahlul PAS nak sedar? nak tunggu sampai Islam yang suci tergadai? 

jangan kelamkan hati kita, gunakan akal dan mohonlah rahmat dan perlindunganNYA...

DAP Mungkin keluar Pakatan Rakyat. 

KUALA LUMPUR – Sikap berdiam diri DAP berhubung pelaksanaan hukum hudud oleh Pas dipercayai kerana parti pimpinan Lim Kit Siang itu mahu mengambil jalan paling ‘selamat’ kerana bimbang kehilangan undi orang Melayu.

Bekas Ketua Cawangan DAP Sg. Pelek, R. Vellasamy mendakwa parti itu berkemungkinan akan bertindak keluar daripada pakatan pembangkang selepas pilihan raya umum iaitu setelah mendapat undi orang Melayu.
Menurutnya, ‘Dinasti Lim’ yang diterajui oleh Kit Siang selaku Penasihat DAP dan anaknya, Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung, gusar untuk mengeluarkan sebarang kenyataan menentang hudud kerana takut kalah pada pilihan raya akan datang.
“Mereka anak beranak cuma ada satu agenda iaitu menang besar pada pilihan raya akan datang tanpa sokongan orang Melayu serta kehilangan beberapa kawasan dengan mudah. Selepas menang nanti, dengan senang hati, mereka akan menggunakan alasan hudud untuk keluar daripada pakatan pembangkang.
“Sehingga itu, mungkin juga Pengerusinya, Karpal Singh akan menjadi ‘mangsa’ sebagai alternatif untuk terus menentang hudud,” katanya ketika di hubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang mencabar parti itu untuk keluar daripada pakatan pembangkang seandainya menolak pelaksanaan hukuman hudud oleh Pas.
Vellasamy mendakwa, Karpal akan terus dipergunakan dan dibiarkan berjuang keseorangan sehingga dibenci oleh masyarakat Melayu kerana menentang hudud walaupun majoriti DAP tidak bersetuju dengan hukuman tersebut.
“Walaupun pimpinan tertinggi DAP menyatakan sokongan tidak terhingga kepada Karpal, mereka hanya cakap-cakap kosong sahaja kerana semua takut kepada ‘Dinasti Lim.’
“Pemimpin lain dalam DAP mendiamkan diri daripada terus menentang secara terbuka kerana takut akan kehilangan peluang untuk bertanding pada pilihan raya umum nanti. Adakah golongan ini layak dipanggil pemimpin untuk memimpin negara?
“Karpal disukai oleh segelintir rakyat serta beberapa pemimpin lain kerana lebih telus dan lantang. Adalah sesuatu yang tidak menghairankan sekiranya Pengerusi ini turut disingkir satu hari nanti kerana kelantangan beliau menyusahkan dinasti itu, ” jelasnya.
Beliau menambah, setiap kali dipersoalkan, Kit Siang dengan bijak akan memainkan isu lain bagi terus mengelirukan rakyat.
“Sehingga kini Kit Siang dan Guan Eng hanya mendiamkan diri walaupun didesak berkali-kali untuk mengeluarkan kenyataan. Kita tahu tentang agenda mereka semata-mata untuk memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia satu hari nanti,” ujarnya.- Utusan Malaysia

Karpal bukan amaran tapi arahan,
Pisaukarat anggap hudud barang mainan,
PAS politikkan hudud raih sokongan,
Itulah Pakatan yang hancurkan keislaman......

PAS bukan parti islam,
Islam dan Hudud dijadikan mainan,
Mempolitikkan Hadis dan Al-Quran,
Tiada keinsafan dan kelakuan mejijikan....


*Anonymous

No comments:

Post a Comment