Wednesday 19 September 2012

Skim Air Percuma: Satu Lagi Kumpulan Saman Kerajaan Selangor RM1.1 Juta



SHAH ALAM: Sekumpulan 2,020 pengguna di Selangor menyaman kerajaan negeri, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sejumlah RM1.1 juta kerana mendakwa gagal menyediakan subsidi air percuma di bawah Skim Air Percuma yang dijanjikan oleh kerajaan negeri.

Skim tersebut merupakan sebahagian daripada manifesto pembangkang dalam pilihan raya umum yang lepas.

Saman tersebut difailkan menerusi tetuan Messrs Kamaraudin & Partners di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini Rabu.

Menurut pernyataan tuntutan itu, semasa kempen pilihan raya pada Mac 2008, kerajaan negeri – atau Pakatan Rakyat telah berjanji kepada rakyat di Selangor untuk memberi air percuma bagi 20 meter padu pertama pada setiap bulan bagi pengguna tempatan sekiranya menang dalam pilihan raya umum.

Bagaimanapun, pihak plaintif mendakwa bahawa mereka tidak menerima air percuama seperti yang dijanjikan apabila tiada diskaun yang dinyatakan dalam jumlah bil, yang dikeluarkan oleh defendan ketiga iaitu Syabas.

Pihak plaintif turut memohon perintah injuksi mandatori bagi mengarahkan Syabas untuk mengeluarkan rebat atau diskaun seperti yang dijanjikan kepada para plaintif.

Pada 11 September lalu, sekumpulan 711 pengguna memfailkan saman sejumlah RM400,000 terhadap kerajaan Selangor, Menteri Besar dan Syabas, bagi menuntut pampasan kerana tidak menerima subsidi air.

Mstar.

KK_ boleh saman ker ?... Menifesto pakatan bukan janji.. Hahaa makna rakyat selangor yang undi pakatan dan ke tipu ler...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment