Saturday 15 September 2012

Tudia !!! Khalid bela 'maksiat'

Tempat Cuci Kereta Tawar Khidmat Seks Diserbu

PETALING JAYA: Membasuh kereta sebanyak sembilan kali dan mendapat satu sesi seks secara percuma merupakan tawaran kepada pelanggan yang mencuci kereta di Sunway Mentari di sini.

Sindiket menggunakan pusat cuci kereta di bahagian hadapan manakala menawarkan perkhidmatan seks di bilik belakang.

Polis, yang menyerbu premis itu di sini, mendedahkan bahawa pelanggan yang membasuh kereta mereka sebanyak sembilan kali di pusat itu layak untuk satu sesi seks percuma.

"Pelanggan diberi kad kesetiaan. Sebaik sahaja mereka mempunyai sembilan cop, mereka berhak untuk satu sesi seks percuma, " kata sekretariat ketua bahagian NKRA Assistan Supritendan Emmi Shah Fadhil.

Difahamkan pusat itu telah menjalankan perniagaan selama tiga bulan dan setiap sesi seks menelan kos antara RM130 dan RM180.

Pasukan polis menyerbu pusat terbabit pada pukul 9 malam semalam ketika lima pelanggan sibuk menikmati "perkhidmatan tambah nilai" sementara kereta mereka dicuci.

Untuk mengelakkan daripada dikesan, pelanggan bersembunyi di dalam bilik stor tetapi polis akhirnya menemui mereka. Mereka juga mendapati beberapa kondom yang telah digunakan dalam ketuhar gelombang mikro.

Polis menahan lapan wanita Vietnam berusia antara 18 dan 28 tahun serta empat rakyat tempatan yang bekerja sebagai penjaga dan atendan mencuci kereta.

Premis dilengkapi dengan kamera CCTV dan hanya membenarkan kumpulan etnik tertentu untuk memasukinya.

Wanita terbabit telah memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial dengan dua daripada mereka telah ditangkap sebelum ini bagi kesalahan yang sama.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment