Friday 14 September 2012

[VIDEO] Antara sedutan Filem yang menghina Nabi S.A.W. mendapat kencaman dari seluruh umat islam di dunia.



Pemuda Umno mengecam 

sekeras-kerasnya 

penerbitan filem berjudul 

Innocence of Muslims oleh 

Sam Bacile, yang 

menghina, mengutuk dan 

memaparkan penipuan 

tentang peribadi dan 

ajaran Nabi Muhammad 

SAW, bahkan al-Quran serta para sahabat Baginda.

 
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, sebagai umat Islam, penerbitan berbentuk provokasi liar, biadab dan mencemar hubungan dan toleransi antara agama seperti ini tidak harus berlaku.
 
Menurutnya, oleh sebab itu, pihak berkuasa Amerika Syarikat perlu mengambil tindakan sewajarnya ke atas penerbit filem ini, yang jelas telah membangkitkan kemarahan jutaan umat Islam seluruh dunia.




 
“Pada masa yang sama Pemuda Umno berpendirian bahawa segala reaksi dan bantahan hendaklah dengan aman sejajar dengan ajaran agama Islam yang mengingatkan penganutnya daripada bertindak melampaui batas.
 
“Ingatlah ketika Nabi Muhammad SAW dihalau serta dibaling batu sehingga berdarah ketika berdakwah di Thaif, Baginda tidak membalas tetapi mendoakan agar ALLAH memberi petunjuk dan hidayah kepada penduduk di sana. Inilah qudwatun hasanah atau contoh terbaik daripada Rasulullah sendiri,” katanya.
 
Kelmarin, Duta Amerika Syarikat ke Libya, Christopher Stevens terbunuh apabila ratusan demonstran yang marah dengan penerbitan filem itu menggempur bangunan kedutaan di Benghazi.
 
Treler filem selama 14 minit Innocence of Muslims dihasilkan oleh pengarah anti-Islam, Sam Bacile, 52, menerima kecaman banyak pihak terutamanya umat Islam selepas ia dimuat naik ke dalam laman Youtube.
 
Wall Street Journal melaporkan Bacile turut menerima bantuan berjumlah AS$5 juta (RM15 juta) daripada kira-kira 100 bangsa Yahudi untuk membuat filem yang sengaja memburuk-burukkan sifat Nabi Muhammad SAW.

No comments:

Post a Comment