Thursday 4 October 2012

AZIZAN RAZAK "HALAL" KAN BIKINI DI ALOR SETAR



WOOOOOW!!! Ingatakan dah "settel" kisah Pusat Hiburan kat alor setar ni..... sebab bukan main ceramah PAS depa dok "puja" azizan Razak MB kedah yang berjaya menjalankan pentadbiran Islam serta berjaya menutup beberapa Pusat Hiburan di Kedah... Pooodah...

Macamana ni.... ustaz-uztaz yang dok cermah... di majlis PAS mahupun yang menggunakan Masjid.... sebagai pentas politik, memuja pentadbiran MB kedah berjaya menghapuskan Pusat hiburan... tetapi malangnya lain pulak kisah di Alor Setar...

ooooppp memandang KK kerap turun Kupang... DPP Kupang tau tak kewujudan Pusat Karoke Kat Aneka....

( Gambar sumber blog Medan Tempur)

Pada 28/09/2012 baru baru ini Pusat hiburan terkemuka di Alor Star telah mengadakan satu parti dimana seorang DJ perempuan seksi didatangkan khas dari Hong Kong beraksi di pusat hiburan terbabit..

Lebih memeranjatkan DJ dari Hong Kong itu hanya mengenakan Bikini pada tubuhnya..Amat memalukan pekara ini terjadi di negeri yang ditadbir oleh Parti Islam...


Alor Setar seperti Thailand
Kenyataan Sinarharian pada 17 Julai 2012
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mempersoalkan jolokan 'Mini Thailand' untuk bandar raya Alor Setar yang dibangkitkan Adun Lunas, Mohammad Radzhi Salleh dalam soalan sembilan pertanyaan lisan yang tidak sempat dijawab dalam Dewan.


Azizan mahu gambaran sebenar apa yang dimaksudkan Adun Bebas itu mengenai dakwaan terbabit.



“Macam mana tu? Saya tak tahu apa maksud beliau? Sebab saya tidak tahu macam mana persembahan di pusat hiburan, adakah benar menampilkan penari wanita separuh bogel atau mungkin disabotaj dengan menggunakan teknologi canggih pertindihan gambar,” katanya ketika diminta mengulas soalan Mohammad Radzhi, yang mendakwa bandar raya Alor Setar dipenuhi pusat hiburan malah beberapa kawasan sudah seperti ‘Mini Thailand’ pada waktu malam.



Mohammad Radzhi turut membangkitkan rasional Kerajaan Negeri mengeluarkan begitu banyak lesen hiburan



“Saya hanya mahu kawal penglibatan orang Islam di pusat hiburan tetapi tidak halang bukan Islam berhibur. Saya dah panggil pegawai daerah dan dimaklumkan penyelarasan sudah dibuat termasuk kawalan kerajaan tempatan, pejabat daerah, polis dan jabatan agama,” katanya.



Menurutnya, perkara itu kini dalam pemerhatian dan pihak terlibat akan meningkatkan penguatkuasaan.



“Ada yang beroperasi tanpa lesen, kita tak dapat pantau. Jawatankuasa pelesenan peringkat daerah yang dilantik perlu buat kerja, tak kan pula semua perkara saya kena jaga,” katanya.


kk_PAS ni kuat temberang jer..... kalau bab Islam DEPA semua yang betul..
   sampaikan dalam Khutbah nak polik... apatah di sekolah.....



No comments:

Post a Comment