Wednesday 17 October 2012

Detik Cemas !!!! 5 Syarikat Kontraktor tidak berdaftar yang terima Projek kerajaan Negeri Kedah di Kesan. #TukarKedah



kempinan ala ulama PAS di kedah hanya "omong kosong" dan tidak mampu mengawal nafsu. rupanya pak-pak lebai dalam pentadbiran PAS gelap mata melihat "duit"..Kepimpinan Ulama atau kerajaan yang telus yang diwar-warkan oleh Pakatan Rakyat hanyalah satu hipokrasi tahap tertinggi. Nasib la pak-pak lebai, pemimpin PAS di Kampung-kampung terang-terang dah kena bohong... 

Puak-puak PAS di kedah... yang hanya pandai menghukum... apabila "orang yang menyokong kerajaan berkerja dengan orang PAS" haram... ini berlaku di Kupang...

Memang pemimpin ini hanya berselindung di sebalik Nama... PAPAN IKLAN, dan juga kopiah Putih... yang sudah menjadi trend puak-puak pas.....apa yang jelas di sebaliknya, telah berlakunya amalan kronisme dan rasuah yang berleluasa selain kelemahan dan ketidakcekapan yang ketara sepertimana yang direkodkan dalam teguran oleh Jabatan Audit Negara.

Kerajaan Pas Kedah bayar RM2.55j kepada 5 kontraktor tak berdaftar

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Kerajaan Pas Kedah dikesan membuat pembayaran sebanyak RM2.55 juta kepada lima kontraktor yang tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bagi melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan tujuh perumahan awam kos rendah (PAKR) sepanjang 2010 hingga 2011.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, PAKR yang terlibat ialah Taman Seri Gemilang, Flat Seberang Terus, Taman Wira, Flat Alor Malai, Flat Simpang Kuala, Flat Tongkang Yard dan Taman Kota Nelayan.

Laporan sama turut mendedahkan carian profil syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 15 Februari lalu mendapati Pengarah bagi lima syarikat terbabit adalah individu yang mempunyai hubungan antara satu sama lain atau daripada keluarga yang sama.

Merujuk kepada laporan tersebut, SSM dalam maklumbalasnya pada tarikh sama mengesahkan salah satu daripada lima kontraktor tersebut tidak wujud dalam rekod pendaftaran syarikat.

''Semakan lanjut terhadap baucar bayaran mendapati sebanyak RM500,000 telah dibayar kepada kontraktor tersebut dengan menggunakan akaun bank dan nombor pendaftaran syarikat lain pada 2011," jelas laporan itu.

Selain itu, semakan audit mendapati jadual bahan (BQ) yang disediakan bagi 181 kerja berjumlah RM390,400 di Taman Seri Gemilang dan Flat Seberang Terus adalah tidak terperinci berbanding skop yang sepatutnya dinyatakan mengikut jadual kadar.

Laporan itu juga mengesan bayaran sebanyak RM59,419 telah dibuat terhadap tuntutan kerja oleh empat kontraktor di Taman Seri Gemilang dan Flat Seberang Terus walaupun kerja sebenar yang dilaksanakan berbeza dengan kerja-kerja yang dicatatkan dalam borang tuntutan bayaran.

''Satu kontraktor didapati membuat tuntutan berulang dalam baucar yang sama berjumlah RM5,600 bagi kerja dan rumah yang sama di Taman Seri Gemilang manakala terdapat tuntutan berulang berjumlah RM2,000 oleh dua kontraktor bagi kerja dan rumah yang sama.

''Kesemua tuntutan berjumlah RM7,600 bagi kerja penyenggaraan yang berulang itu telah dibuat kepada kedua-dua kontraktor terbabit," jelas laporan berkenaan.

Teguran-teguran lain yang dinyatakan dalam laporan tersebut ialah caj kerja pembersihan berulang (RM12,500), bayaran terhadap kerja yang tidak dilaksanakan dan rumah yang tidak wujud (RM44,540) dan pembaikan kerosakan bagi rumah berpenghuni (RM169,998).

Laporan itu berpendapat matlamat Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kedah untuk menyenggara PAKR dengan baik belum tercapai ekoran kerja yang dilaksanakan tidak memenuhi skop kerja dan pemantauan yang tidak berkesan oleh pihak pengurusan.

Namun mengikut maklum balas Bahagian Perumahan, Pejabat SUK Negeri Kedah bertarikh 13 Jun lalu, bayaran balik sebanyak RM86,259 telah diterima. Utusan

No comments:

Post a Comment