Saturday 6 October 2012

Kursus Transformasi Sukarelawan Sahabat MBM Zon Utara.

Persiapan ruang Kuliah
Bagi memberi pemahaman dan latihan kepada sukarelawan muda, Majlis Belia Malaysia (MBM) sedang menganjurkan Kursus Transformasi Sukarelawan. yang sedang berlansung  di D'Puncak Bris Lake Resort, Tasik Beris, 08200 Sik, Kedah. Selama 3 hari bermula pada 5 hingga 7 Oktober 2012. 



Kursus itu akan memberi tumpuan kepada aspek perancangan program, komunikasi, keselamatan dan sebagainya supaya kegiatan yang dilakukan oleh sukarelawan memberi impak positif kepada masyarakat. Kursus yang melibat pelbagai Latar belakang peserta serta dari tiga buah Negeri Pulau Pinang, Kedah serta Perlis.

Kursus ini akan melatih sukarelawan secara lebih sistemetik dalam merancang, melaksana dan menilai situasi. di harap juga pihak MBM dapat mengenalpasti keupayaan serta dapat mengenal idea baru dari bengkel yang di anjurkan.

Para sukarelawan, di harap dapat dimanfaatkan serta dapat membentangkan nilai-nilai sukerlawan dalam membantu masyarakat serta membangunkan Negara. Sukeralawan juga di harap lebih memahami ilmu kesukarelaan agar kegiatan itu tidak memudaratkan atau mengelirukan mana-mana pihak.

sesi pendaftaran peserta



Saudara Rizan Hassan memberi taklimat 



No comments:

Post a Comment