Tuesday 2 October 2012

Lelong 3X... ala film "ALI BABA" surat berahi.



Lelongan amal pakatan rakyat menyaksikan beberapa barang yang tak lojik dijual pada malam itu. itu ialah “teddy bear” milik Teresa Kok yang dijual dengan harga RM10,000, gambar dan tongkat Nik Aziz berharga RM12,000 dan poster “filem” Karpal Singh yang dijual dengan nilai RM12,000.




Paling mencurigakan, dari mana Lajim Ukin mendapatkan wang untuk membeli surat cinta itu? Dan apakah yang menyebabkan dia sanggup berbelanja sebanyak RM50,000 untuk membeli sesuatu yang layak “dibakul sampahkan” itu?

Saya yakin, sekiranya Lajim Ukin masih lagi merupakan seorang pemimpin BN dan dia membeli potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dengan harga RM50,000, maka sudah tentu Lajim akan diserang bertalu-talu oleh pemimpin Pakatan Haram.

Sudah pasti Mahfuz, Rafizi dan Tony Pua akan bingkas bangun mempertikaikan tentang wang sebanyak RM50,000 itu dan Lajim pula akan dikaitkan dengan unsur rasuah, bodek dan membazir wang rakyat!

Namun kerana Lajim kini berada di dalam kem Pakatan Haram dan barang yang dibeli Lajim itu pula adalah milik Anwar, maka tindakan pengkhianat rakyat Sabah itu dilihat sebagai “suci” dan begitu dialu-alukan oleh para pemutar alam tersebut.

Semata-mata untuk mengisi dana PRU ke-13, Lajim sanggup menyerahkan sebanyak RM50,000 begitu saja? Mewah benar para pemimpin Pakatan Haram…

Pun begitu, mereka sering mencanangkan kepada rakyat bahawa mereka “miskin” tidak berduit sehingga terpaksa mengedarkan karung dan peti bagi mengutip derma dari para penyokong mereka di ceramah-ceramah setiap malam.

Itu belum lagi disenaraikan lagi dana-dana yang dibawa masuk dari luar negara yang dipercayai telah diterima dari agensi-agensi Yahudi yang sebelum ini begitu terkenal membiayai siri-siri konfrontasi menggulingkan para pemimpin di negara Islam yang menentang kuasa zionis Israel – US./////-duke of UMNO.





antara kenyataan yang di siarkan dalam Laman web :-


No comments:

Post a Comment