Monday 8 October 2012

Ngeri! Skyline GTR Bergesel Ragut Empat Nyawa Sekaligus. [Gambar]





“Sebaik saja menutup suis televisyen, saya tergamam seketika apabila terdengar bunyi dentuman amat kuat seolah-olah sebuah jet terhempas. Saya bergegas keluar rumah untuk melihat apa yang berlaku,” kata B Shasi, 35.

Dia antara saksi awal kemalangan ngeri meragut empat nyawa, membabitkan dua kenderaan Nissan Skyline GTR dan Skyline 250 GT di Jalan Haji Ahmad pagi semalam.
 
Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, mangsa yang terbunuh ialah pemandu Skyline GTR, Tan Kah Yong, 24, dari Klang, Selangor, dan penumpang yang juga warga China, Bao Shanhan, 26, serta pemandu Skyline 250 GT, Go Haw Wei, 20, dari Taman Impian, Beserah, di Kuantan dan penumpangnya, Koay Khor Liang, 21, dari Jalan Bukit Sekilau.

Dua lagi penumpang kereta yang dipandu Tan iaitu Wei Lidong, 27, dan Chang Hong Nei, 36, kedua-duanya warga China, cedera parah di leher dan sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).


Kedua-dua kereta itu yang datang dari arah pusat bandar menuju ke Semambu, dipercayai dipandu laju sebelum bergesel sesama sendiri lalu terbabas dan merempuh pokok di tepi jalan.


sumber

1 comment:

  1. mereka mencari kepuasan sehingga akhir hayat...dah pun mereka perolehi.

    ReplyDelete