Friday 12 October 2012

PANAS !!! JPJ BANGGA @NajibRazak Bakal Sengsara !!!!

[Gambar hiasan]

Kali aku tak setuju- Senyum tak perlu kata apa-apa... ini yang akan bakal tercetus nanti bilamana PRU 13.. KERANA MARAHKAN NYAMUK KELAMBU DIBAKAR. KK cuma nak memberi peringatan jer... kepada mereka di dalam Agensi Kerajaan, jangan kerana nak naikkan sangat Kpi agensi sampaikan membebankan rakyat.

PM dah melakukan pelbagai pekara positif untuk memenangi hati rakyat.. sampai BR1M pun di berikan untuk kali ke-2 tetapi apakah rasional JPJ berbangga dengan pemasangan kamera AES bejaya mengesan 2900 pesalah trafik.....

Ini yang menjadi persoalan dan BOM JANGKA kepada Rakyat.... woiiii KUASA DI TANGAN RAKYAT... HAMPA TUNGGULAH NANTI pada PRU 13.. Siapa pembangkang atau siapa yang menang... jangan hanya MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI....

KUASA DITANGAN RAKYAT !!! HAK MEMILIH DITANGAN RAKYAT !!! 
JANGAN DAH BAGI LEPAS TU AMBIL BALIK !!!




Jom kita baca kupasan dari DOUBLE Y mengenai sistem Pemasangan kamera AES kat bawah ni...... 


Tahniah! Datuk Solah JPJ Bangga 2,900 Saman Kamera AES Dalam Masa 2 Hari?




"Tuan penasihat...20%" - adalah dialog yang popular daripada filem 3 Abdul lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Mungkin Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan gembira apabila mendengar sebanyak 2,952 saman berjaya dikeluarkan kamera Automated Enforcement System [AES] dalam masa dua hari pemasangannya.

Menjelang akhir tahun ini pemandu di Malaysia sentiasa diawasi oleh 566 buah kamera AES yang boleh merakam wajah pemandu dan jenis kenderaan. Sebanyak 817 buah AED bakal dipasang di kawasan hitam menjelang tahun hadapan.

Selain diawasi kamera canggih AES ini, pemandu turut diawasi oleh 266 buah kenderaan penguatkuasa yang dilengkapi dengan peralatan elektronik canggih.








Perkara yang wajib kita tahu mengenai kamera AES yang dikeluarkan JPJ seperti berikut :




Perkara yang dinyatakan adalah melalui pemasangan AES, ianya dapat merakam kesalahan dan mengesan beberapa kesalahan pemandu secara serentak. Itu sahaja keistimewaan yang dinyatakan.

Saya mencari-cari bahagian yang menyebut atau memperincikan bahawa melalui pemasangan kamera AES ini kadar kemalangan di Malaysia berjaya dikurangkan sebanyak 20%, 30%, 40% tetapi tiada dinyatakan.

Lalu timbul satu persoalan, apakah dengan pemasangan 817 buah kamera ini, kita benar-benar berjaya mengurangkan kadar kemalangan jalanraya yang meningkat saban tahun?
Saya yakin pasanglah beratus buah kamera sekali pun, kadar kemalangan di jalanraya agak sukar dikurangkan selagi pemandu itu sendiri tidak berdisiplin di jalanraya.

Saya berikan satu contoh, saudara mungkin pernah melihat satu papan tanda hijau tertera gambar kamera yang besar, selang beberapa ratus meter, satu lagi papan tanda yang tertera "Awas! Operasi Had Laju Sedang Dijalankan".


Hiasan sahaja.

Hahaha...

Dek kerana bimbang disaman, maka pemandu perlahankan kenderaan. Tetapi selepas itu mereka memandu pada kelajuan 140 km/j - 180 km/j .

Walaupun kamera ini tidak diskriminasi kerana jika seseorang pemandu berada dalam kelajuan 110 km/j kamera AES hanya merakam gambar kenderaan tersebut dan tetapi saman tidak dikeluarkan, namun jika memandu dalam kelajuan 120 km/j saman akan dikeluarkan.

Datuk Solah selaku Pengarah JPJ dilihat ceria apabila mengatakan melalui kamera AES, tiada diskriminasi terhadap mana-mana pemandu, kerana tidak wujud sebarang interaksi di antara kedua-dua pihak, maklumlah siapa gila hendak bercakap dengan kamera?
Adakah saudara merasakan idea JPJ ini sebagai idea yang bijak sekaligus mampu mengurangkan kadar kemalangan.

Siapakah yang mengeluarkan idea serta proposal kepada Pengarah JPJ ini agaknya?

Berapa peratus daripada jumlah kutipan saman ke atas pemandu yang dikeluarkan oleh kamera AES dan dikutip oleh syarikat konsesi menjadi milik Datuk Solah?

Maaflah tanya...

Bukan mahu menuduh maklumlah wajah ceria sahaja bila keluarkan kenyataan lebih 2,900 saman berjaya dikeluarkan dalam masa dua hari sistem ini dipasang.

Satu jalan di Putrajaya ini aku pandu pada kelajuan 90 km/j pun berdesup flash keluar daripada kamera gedabak ko apa cerita ni...?

Datuk Solah cuba jawab, berapa kadar kemalangan dijangka dapat dikurangkan tahun pertama sistem ini dipasang?

Kalau tiada jawapan konkrit, saya sarankan Datuk Solah pasang sajalah kamera ini dihadapan rumah Datuk Solah.

Hahaha...

Arios!

1 comment:

  1. Ni sekoq lagi Datuk bengong, perabih duit kerajaan..buat kerja tak pakai otak,yang aku tahu banyak kes kemalangan berlaku, memandu melebihi hadlaju bukanlah faktor penyumbang terbesar. Lepas ni kita tengok atas semua kenderaan atas highway bergerak macam semut. Kita tengok pula Datuk bengong ni memandu tidak melebihi hadlaju sebab kita tahu geng-geng penguatkuasa ni tidak siapa nak saman. Datuk Seri Najib tolong fikirkan semula keputusan Datuk bengong ni, benda macam ni boleh mengurangkan populariti kerajaan dan mempengaruhi keputusan PRU13 nanti.

    ReplyDelete