Thursday 4 October 2012

Siapa yang berhak tentukan DAP @ PKR.. PAS Buat apa ?


Antarapos – Hanya pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat sahaja berhak untuk memberikan kenyataan berkaitan kabinet bayangan, kata Timbalan Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw.
Menurut Ahli Parlimen Kepong itu, Pakatan mempunyai cara tersendiri dalam membincangkan isu dalaman parti bagi mengelakkan berlaku perselisihan faham.
“Kita di dalam Pakatan Rakyat, ada cara untuk membincangkan perkara.
“Kecuali dikeluarkan oleh pemimpin yang tertinggi seperti Yang Berhormat Datuk Seri Anwar dan sebagainya baru kita ambil kira, dikeluarkan oleh orang lain, kita tidak ambil kira,” katanya kepada pemberita.
Seng Giaw mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang menyatakan beliau tidak tahu maksud sebenar penyenaraian kabinet bayangan yang dikelaurkan oleh PKR.
Sebelum ini Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimie Shafie menyatakan bahawa PKR menyenaraikan 20 pemimpin kanan Pakatan bagi mengisi jawatan menteri dan timbalan menteri sekiranya berjaya memenangi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Justeru, Seng Giaw menyifatkan hajat PKR itu seperti bermimpi siang hari kerana mengeluarkan kabinet bayangan sebelum berjaya menawan Putrajaya.
Segelintir pemimpin berpendapat kenyataan yang dilihat bercanggah antara kedua parti ini menunjukkan Pakatan tidak bersepakat dalam pembentukan ‘kerajaan’.

No comments:

Post a Comment