Wednesday 10 October 2012

[siri 3] 'Bila Kapal nak saman saya" ? Nasharudin Mat Isa.



Post Pic

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa mengulangi pendirian bersedia untuk bertemu Pengerusi DAP, Karpal Singh yang tetap mahu menyamannya ekoran kenyataan beliau menuduhnya anti-Islam, di mahkamah.
"Saya ulangi pendirian saya sebelum ini bahawa Karpal anti-Islam. Saya sentiasa menunggu surat saman, tapi hingga ke hari ini belum sampai.
"Saya tahu mahu laksanakan hudud di negara ini bukan senang, tetapi siapa beliau mahu menghalang pelaksanaannya?" katanya.
Ditanya sama ada Nasharudin bersedia menerima hukuman daripada PAS ekoran kenyataannya, beliau menegaskan, Islam adalah keutamaan dan soal ahli kemudian.
Justeru, beliau yang juga ahli Majlis Syura PAS mengingatkan parti Islam itu agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehinggakan sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Nasharudin berkata, dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
Menurutnya lagi, beliau turut berasa hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti Umno dan Pas sering dilihat 'taboo'.
"Jika umat Islam negara ini terus berpecah belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk lima, 10 atau 15 tahun lagi? Adakah umat Islam tergelincir?
"Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?" kata beliau pada Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah di PWTC, hari ini.
Katanya lagi, kemenangan Islam terletak di tangan umatnya sendiri tanpa bantuan dari bukan Islam.
"Saya pernah bertanya dua kali kepada seorang pemimpin Islam, adakah dalam sejarah kemenangan umat Islam, pernah dibantu oleh orang bukan Islam?
"Beliau menjawab kemenangan Islam dari dulu sampai bila-bila berada di tangan umat Islam sendiri sahaja," katanya.
Pas berada dalam Pakatan Rakyat (PR), yang turut dianggotai DAP dan PKR.
Perikatan itu dibentuk selepas PRU12 empat tahun lalu.
Nasharudin tewas dalam usahanya mempertahankan kerusi Timbalan Presiden Pas tahun lalu. Sumber_Antara Pos

1 comment:

  1. ustaz adalah yg terbaik.. pertahankan isalm kerana Allah bukan kerana rakan kafir dan putrajaya

    ReplyDelete