Monday 1 October 2012

Ustazah Dihadapkan Ke Mahkamah Kerana Bersubahat Benarkan Suami Rogol Anak Sendiri .


Apabila nafsu sudah mengusai diri... dia tak kira darah daging sendiri pun di rembat... memang perlakuan binatang. Apa yang lebih menyanyat hati lagi.. kesangupan seorang Ibu, yang bergelar ustazah bersubahat dengan suami melakukan kerja terkutuk ini..baca artikel dari MPP ini.

Seorang ustazah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang, Kuala Lumpur diatas tiga tuduhan bersubahat dengan suaminya mencabul dan merogol anak perempuannya berusia 15 tahun di kediaman mereka. 

Wanita berusia 33 tahun itu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan di hadapan hakim, Roszianayati Ahmad. 

Dia juga didakwa bersubahat bagi tuduhan ketiga memujuk mangsa sama dengan membenarkan suaminya mencabul kehormatan gadis itu di kediaman mereka sekitar Ampang, masa yang sama tahun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Zuraini Ab Hamid tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dengan alasan kesalahan serius dengan mengambil kira usia mangsa yang masih di bawah umur ketika kejadian selain menjaga keselamatan saksi pendakwaan terdiri daripada mangsa dan anak-anak wanita itu. 

Roszianayati memutuskan tiada jaminan dibenarkan terhadap tertuduh dan membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya perbicaraan kes itu dijalankan bersama dengan kes suaminya di hadapan hakim Manira Mohd Nor di Mahkamah Sesyen Ampang. 

Sementara itu, suami ustazah berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori mengaku tidak bersalah diatas dua dakwaan merogol anak tirinya itu tanpa kerelaannya dan melakukan kekerasan jenayah dengan mencabul kehormatan mangsa. -MPP Online

Inilah manusia sekarang.. kita jangan anggap mereka yang betudung labuh/berjubah/berserban tak telepas lari melakukan kesalahan.... 

No comments:

Post a Comment