Saturday 6 October 2012

Wat Siam serah “pokok duit” bina lebuh raya rakyat


Ketua Sami Buddha Tumpat II, Phrak Khru Vithat Thammarat dari Wat Machimaran berkata, kalau tidak ada duit macam mana hendak buat jalan.

“Jadi kita pakat buat baik sebelum mati. Buat baik boleh balasan baik dan buat jahat boleh balasan jahat. Oleh itu kita kena pakat buat baik, tanya mahaguru kita (Tok Guru Nik Aziz).

“Jangan cakap banyak kalau tidak ada isi tak guna juga. Macam mahaguru kita tidak cakap banyak sebab dia ada isi,” katanya pada ucapan mewakili wat-wat Siam di majlis penyerahan sumbangan bagi dana pembinaan lebuh raya rakyat di Wat Machimaran di sini. SUMBER



Inilah kerja PAS dan Pakatan Rakyat....depa hanya tau mengumpul derma DAN SAPU duit rakyat jer.... tengok muka pok nik gumbira terima duit.....Padahal semua orang tau.., sikap Ulamak ini suka bemuka-muka..
Pok nik tukang kutip .... pak jubuq tuka perabis... eloklah tu.. penyngak dengan penyamun dah kena dah....



Takan Pok Nik tau... Anuwar pergi berkempen kat sabah naik apa... tak main Air Asia yang tambang murah tu (kadang-kadang ada seat percuma)?  Macam mana rakyat nak yakin Pakatan Rakyat mampu jadi kerajaan kalau naik pesawat murah?

Mesti naik jet, dapat naik jet pejuang lagi bagus, baru ada style.
Jadi dermalah ya.  Kesiankanlah, Pok Nik tu ha dah macam muka pemintak sedekah pun ada.  

Mampus la... hampa semua dak kena tipu...... derma-lagi...

MEMORANDUM RAKYAT KELANTAN TERHADAP LEBUHRAYA

Lebuhraya sepanjang 73km ini menghubungkan Dusun Damar, Kuala Krai hingga Pusat Bandar Kota Bharu telah dirasmikan upacara pecah tanah pembinaannya oleh YAB Menteri Besar Kelantan pada 28 Mei 2012.
Dibahagikan kepada 2 Pakej, Pakej 1 dari Kuala Krai Ke Machang sepanjang 43km dengan 4 persimpangan Bertingkat dikenali sebagai Dusun Damar Interchange, Keroh Interchange, Bukit Bakar Interchange dan akhir sekali Bukit Tiu Interchange.
Manakala Pakej 2 adalah Machang ke Kota Bharu dengan Kok Lanas Interchange, Ketereh Interchange, Kadok Interchange dan Pasir Hor Interchange sepanjang 30km.
Lebuhraya ini akan dibina dengan meminta sumbangan dari rakyat Kelantan untuk sama sama menderma menyiapkan. Derma tersebut akan dikumpul kan oleh satu anak syarikat PMBK iaitu Baldah Toyyibah(Prasarana) Sdn. Bhd.(dahulunya dikenali Rowstead Systems Sdn. Bhd.)
Kontraktor utama akan membina lebuhraya hasil derma rakyat ini adalah Menta Construction Sdn. Bhd. Yang berpusat di Kuala Lumpur.
Jajaran Lebuhraya Rakyat ini tidak melalui laluan jalan utama sedia ada Kuala Krai – KB tapi sebaliknya memilih laluan baru yang memerlukan penerokaan hutan yang jelas terutamanya di kawasan Keroh Interchange, Bukit Bakar Interchange.
Walaubagaimanapun beberapa persoalan membelenggu rakyat terutamanya berkenaan dengan keseluruhan projek lebuhraya ini.
  • Tidak boleh dinafikan rakyat Kelantan sekarang berada dalam mood peralihan kepimpinan kerajaan negeri. maka persoalan begini harus diberi keterangan kepada rakyat.
  • Untuk membina lebuhraya 4 lorong ini sepanjang 43km untuk Pakej 1, ia memerlukan penerokaan hutan yang besar. Anggaran kasar untuk kawasan yang perlu dibersihkan untuk pembinaan lebuhraya ini jika mengambil kira lebar setiap lorong adalah 3.5m maka ia memerlukan lebih dari 600,000m2 kawasan , ini tidak termasuk kawasan di 4 interchange yang telah dirancang dan kawasan rizab kiri dan kanan Lebuh raya tersebut. Kebanyakkan kawasan yang terlibat ini adalah kawasan yang mempunyai hasil hutan termasuk sumber perkayuan seperti Balak dan sebagainya. Persoalannya:
  • Kemana hasil balak itu akan pergi?
  • Siapa yang dapat faedah dari pembalakan dikawasan tapak bina?
  • Jika balak di berikan pada syarikat kontraktor, berapakah kadar premium balak yang akan dibayar kepada kerajaan Negeri?
  • Adakah wang hasil balak ini akan digunakan untuk menampung pembinaan Lebuhraya tersebut?
Isu ini perlu dijelaskan kepada rakyat Kelantan kerana projek ini telah diisthiharkan kepada rakyat bahawa Projek Lebuhraya ini adalah projek wakaf. Maka dalam urusan wakaf perlu penjelasan lanjut mengenai segala terma dan perjanjian dengan syarikat kontraktor supaya tidak menimbulkan syak wasangka rakyat Kelantan.
2.Jika Hasil Balak di tapak bina akan digunakan untuk membiayai Pakej 1 Lebuhraya KB-KK, bagaimana pula dengan Pakej dua dimana seperti yang diketahui kesemua kawasan terlibat seperti di Pasir Hor, Kadok, Kok Lanas dan Ketereh tidak mempunyai hasil balak. Kesemua kawasan tersebut adalah kawasan Padi dan kos pengambilan tanah ini mungkin lebih besar dari Pakej 1 kerana ia melibatkan lebih banyak tanah tanah milik inidividu.
3. Persoalan kenapa lebuh raya Pakej 1 bermula dari belakang iaitu dari Dusun Damar, Kuala Krai juga perlu penjelasan lanjut. Adakah kawasan tersebut mempunyai sumber balak?. Alasan kerajaan negeri bahawa ia bermula dari situ kerana disitu adalah tanah kerajaan adalah sesuatu yg tidak kukuh, kerana sepanjang jajaran 43km lebuh raya tersebut sudah tentu juga melibatkan tanah-tanah milik individu dan apakah status pengambilan tanah-tanah ini. Jika dimulakan dari Pasir Hor keadaan akan lebih mudah kerana kerja tanah (earthworks) tidaklah sesukar mana dan tidak memerlukan belanja tinggi.
4. Rakyat berpendapat Kerajaan Negeri perlu mendedahkan Laporan EIA mengenai kesan Pembinaan Lebuhraya yang mungkin sudah diserahkan pada Jabatan Alam Sekitar dalam mematuhi keperluan dibawah seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekitar(Penilaian Terhadap Kesan Alam Sekeliling) 1987. Dalam pemurnian niat kerajaan negeri untuk menjadikan projek lebuhraya KB-KK ini sebagai Projek Wakaf Rakyat maka rakyat perlu dimaklumkan sepenuhnya mengenai sejauh mana perancangan terhadap Lebuhraya ini supaya ianya tidak dianggap sebagai projek yang hanya diumumkan untuk meraih keuntungan politik semata mata,ini kerana projek ini melibatkan penerokaan hutan yang agak besar bagi memberi laluan kepada pembinaan lebuhraya tersebut. Jika sebelum ini syarikat RAHMAT DHUHA SDN BHD boleh menghantar Laporan EIA bagi projek menanam semula sawit di kawasan Mukim Kuala Pergau, Daerah Dabong Kelantan untuk penerokaan kawasan hutan seluas 2946 ekar, maka tiada sebab untuk projek Kerajaan negeri yang bernilai berbillion ringgit melalui Baldah Toyyibah Sdn. Bhd ini tidak boleh mendedahkan laporan EIA tersebut. Jika laporan tersebut masih lagi belum dibuat maka nyatalah ia adalah satu projek yang diumum secara tergesa-gesa tanpa perancangan yang teliti.
5. Apabila lebuhraya KB-KK siap maka jalan KB-KK sedia ada mungkin tidak menjadi pilihan utama pengguna. Justeru itu Rakyat berpendapat Kerajaan negeri perlu membentangkan satu pelan komprehensif kepada rakyat Kelantan mengenai bagaimana kerajaan negeri akan mengekalkan kegiatan ekonomi di dalam Bandar Kuala Krai, Machang, Kok Lanas dan Ketereh supaya Bandar-bandar ini tidak mengalami status “bandar mati” .
6. Kerajaan Negeri perlu menjelaskan kepada rakyat, mengikut kreteria apa syarikat Menta Construction Sdn Bhd dipilih, Jika ianya dipilih melalui kaedah selective tender sila umumkan syarikat-syarikat lain yang turut serta dalam tawaran Lebuhraya WAKAF ini.
7. Memandang kerajaan PAS Negeri Kelantan menyarankan supaya Rakyat secara jujur dan ikhlas menderma wang ringgit atau peralatan pembinaan seperti pasir, batu kuari dan sebagainya sebagai kaedah mengurangkan kos serta memperkenalkan konsep gotong royong, Rakyat juga menuntut agar semua Ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan semua ADUN juga melaksanakan pemotongan Gaji, Elaun dan Imbuhan yang dinikmati oleh mereka dai awal pembinaan Lebuhraya KB-KK sehingga lebuhraya ini disiapkan.
8. Kerajaan Negeri perlu jelaskan pada rakyat unjuran Kos Penyelengaraan Lebuhraya Wakaf ini apabila siap nanti dan apakah dana penyelenggaran Lebuhraya ini akan dikutip juga melalui kaedah derma?
PERSOALAN DIATAS ADALAH UNTUK KERAJAAN NEGERI MENAMBAH BAIK PERINCIAN PROJEK LEBUHRAYA KB-KK SEBELUM DILAKSANAKAN SUPAYA TIDAK TIMBUL SYAK DARI RAKYAT SEBAGAIMANA PROJEK STADIUM BERMASJID YANG DIJADUALKAN DIBINA PADA AWAL MARCH LALU MENERUSI KAEDAH B.O.T. DAN PROJEK-PROJEK LAIN YANG PERNAH DIJANJIKAN. INI KERANA PROJEK LEBUHRAYA KB-KK KALI INI ADALAH PROJEK WAKAF. OLEH SEBAB ITU RAKYAT PERLU TAHU SEGALA PERINCIAN DAN PERANCANGAN KERANA RAKYAT ADALAH PENDERMA DAN JIKA BERLAKU APA-APA KESAN BURUK TERHADAP PROJEK LEBUHRAYA INI KESANNYA JUGA AKAN TERPALIT PADA RAKYAT. DENGAN INI KERAJAAN NEGERI PERLU MENJAWAB TERLEBIH DAHULU SEGALA PERSOALAN DIATAS UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT.
SEBAGAI PENGAKHIRAN GERAKAN RAKYAT TUKAR MENGAMBIL KETETAPAN UNTUK MENYOKONG DAN BERSETUJU DIATAS PEMBINAAN LEBUHRAYA SAMA ADA CADANGAN ITU DATANG DARI PIHAK PAS (LEBUHRAYA KB-KK) ATAU PIHAK BARISAN NASIONAL (KARAK-GUA MUSANG-KB) KERANA IANYA ADALAH SATU KEPERLUAN RAKYAT KELANTAN. WALAU BAGAIMANAPUN PIHAK RAKYAT MENGANGGAP LEBUHRAYA INI KEPERLUAN TETAPI BUKAN KEUTAMAAN. MAKSUDNYA ADA LAGI PERKARA YANG LEBIH PENTING DAN PERLU DIBERI KEUTAMAAN OLEH PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB TERUTAMANYA KERAJAAN PAS NEGERI KELANTAN.
YANG LEBIH UTAMA DAN PERLU DILAKSANAKAN SEGERA OLEH KERAJAAN PAS NEGERI KELANTAN IALAH MENGGUNAKAN PERUNTUKAN YANG ADA DENGAN MENYELESAIKAN DAHULU MASALAH RAKYAT SEPERTI PENYEDIAAN RUMAH MAMPU MILIK, PENYELESAIAN MASALAH AIR YANG BERLARUTAN, BANTUAN KEPADA RAKYAT MISKIN SERTA PENYELESAIAN KEPADA JANJI-JANJI LAMA.
TUKAR TETAP TUKAR
“TUKAR KERAJAAN PAS KELANTAN DEMI RAKYAT”

No comments:

Post a Comment