Thursday 4 October 2012

Yang mana Lebih Sedap !!! Puteri Sarah Nafi Cium, Cuma Gigit Amar Alfian..



Hangat! Ingat lagi kontroversi yang ditimbulkan pasangan ini dulu? Kini mereka tampil dengan gosip yang lebih hangat dan menyengat!
Tak boleh lekang daripada kontroversi mungkin? Rasanya selebriti ini tak serik dengan isu yang ditimbulkan dulu. Bukan dulu pernah bercium ke? Sekarang bercium lagi? Apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh pasangan ‘Bagai pinang dibelah dua ini’?
Baru-baru ini, pasangan ideal tersebut hadir ke Pertandingan Akhir Hero Remaja. Namun apa yang memeranjatkan, Amar Alfian berani tampil dengan kesan ciuman pada pipi seperti yang dipaparkan dibawah.
Bagaimana pun, penjelasan terbaru dari Puteri Sarah melalui Media Hiburan, menafikan bahawa dia mencium pipi Amar Alfian. Namun agak memeranjatkan juga pada kami apabila dia mengaku menggigit pipi teman lelakinya.
“Saya baru terbaca di laman Twitter tentang hal ini. Kalau nak tahu, saya bukannya mencium pipi Amar tetapi menggigitnya ketika majlis sedang berlangsung. Ketika itu dia mengusik saya, dan terus saya mengigigtnya. Kerana saya menggunakan gincu merah, itu yang ada kesan.
“Masa kejadian itu, di belakang saya ada beberapa orang. Saya tidak pasti sama ada mereka perasan atau pun tidak. Bayangkan jika ketika itu Amar datang seorang diri dengan penampilan sedemikian, pasti lain lagi ceritanya.
“Tambahan pula, mustahil untuk kami lakukan sedemikian rupa di luar sebelum hadir ke majlis. Dan benda yang terjadi itu di tempat khalayak, saya tidak tahu apa lagi yang mahu dicerita fasal kami.”

No comments:

Post a Comment