Wednesday 21 November 2012

Aida (AF9) Kemalangan Teruk, Kereta Berpusing 3 Kali



Berita terkini dari selebriti yang meningkat naik melalui rancangan realiti Akademi Fantasia (AF), Aida atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat telah mengalami kemalangan teruk di Lebuhraya Duke dan kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).



Menurut Zuan dari rancangan Melodi, kemalangan ini berlaku apabila Aida yang baru sahaja habis menjalani penggambaran mahu menuju pulang ke rumah. OHBULAN! difahamkan, Aida memandu kereta model Mazda seorang diri apabila dia secara tidak sengaja tertidur lalu kemalangan. Keretanya dikatakan berpusing sebanyak 3 kali sebelum melanggar pokok di tepi jalan.



Namun, apa yang mengejutkan OHBULAN! ialah selepas kemalangan berlaku, duit dan telefon bimbit model Samsung Tab Aida turut dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.



Aida kini dilaporkan dalam keadaan stabil di HKL dan masih menerima rawatan. Ahli keluarganya termasuk Fina turut dilihat hadir melawat di hospital.

Berikut adalah foto keadaan Aida dan juga keretanya yang remuk :




Aida Kemalangan-4

Aida Kemalangan-5

Aida Kemalangan-2

sumber : oh bulan

No comments:

Post a Comment